• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, December 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Abang Sado Nekad Kerja Di Pasar Borong

oleh Cj Mnh
16/06/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAKSANAAN Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu benar-benar memberi kesan kepada rakyat.

Ramai yang mengeluh hilang punca pendapatan akibat PKP kerana tidak dapat keluar meneruskan pekerjaan.

Pastinya mereka yang bekerja sendiri, menjalankan perniagaan kecil-kecilan dan individu yang dibayar gaji harian, antara yang paling terjejas.

Perkongsian seorang individu yang digelar ‘abam sado’ ini yang juga hilang mata pencarian, bagaimana dia memilih tidak terus menunggu bantuan dan sebaliknya keluar berusaha mencari rezeki.

Jika sebelum ini, rutin harian Chin Jie Xun berada di gimnasium sebagai jurulatih dan juga tenaga pengajar kickboxing, namun semuanya berubah sejak penularan pandemlk Covid-19.

Hampir empat bulan pendapatan Jie Xun terjejas berikutan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi memutuskan rantaian wabak Covid-19 yang sekaligus menyebabkan punca rezekinya terjejas.

Tak peduli reputasi sebagai jurulatih gimnasium.

Namun bagi pemuda bertubuh sasa berusia 34 tahun ini, keadaan itu bukan alasan untuk dia terus berpeluk tubuh menunggu kerja datang kepadanya, sebaliknya keluar mencari pekerjaan.

Tanpa mengira reputasinya sebagai jurulatih gimnasium, Jie Xun mengambil keputusan menerima tawaran rakan kongsinya di gim untuk bekerja di pasar basah di Pasar Borong Kuala Lumpur.

Jie Xun berkongsi kisah karier baharunya itu di laman Facebook dan mendapat ribuan tanda suka daripada warganet termasuk komen positif cef selebriti terkemuka negara, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan.

Jelas Jie Xun kepada The Star, “Jika ada kerja yang boleh dibuat, lebih baik lakukannya kerana ia lebih baik daripada hanya duduk di rumah atau tidur.”

Kehadiran Jie Xun di Pasar Borong Kuala Lumpur mencuri perhatian. Melakukan kerja berat bukan satu masalah buat pemuda berusia 34 tahun ini.

Dia berharap kisahnya ini dapat ‘bangunkan’ orang lain yang turut berdepan dengan situasi sukar.

“Anda jangan berputus ada dalam apa juga keadaan. Beberapa tahun nanti, anda tidak akan rasa apa-apa, ia bukan masalah besar,” katanya yang bekerja sebagai pengangkat barang-barang di pasar tersebut.

Menurut Jie Xun dia menerima lebih kurang RM80-RM100 untuk tempoh enam jam bekerja setiap hari.

Sementara bulan lalu, pihak kerajaan telah mengambil langkah tegas dengan mengusir semua pekerja warga asing tanpa izin yang selama ini bekerja di pasar borong Kuala Lumpur.

Langkah tersebut membuka peluang kepada warga tempatan untuk mencuba nasib bekerja di sana.

Sumber: Malaysiakini dan Dedah Media

Tags: Covid-19pasar borong kuala lumpurpekerjaanpendapatan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd