• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, November 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

28 Individu Pulang Ke Tanah Air Positif Covid-19

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERAMAI 28 rakyat Malaysia yang pulang ke tanah air melalui pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam, positif Covid-19.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, semua individu itu sudah dihantar ke hospital untuk menjalani rawatan.

Menurutnya, seramai 358 rakyat Malaysia pulang ke tanah air melalui KLIA dari Singapura, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Indonesia, Hong Kong, China dan Jepun semalam.

“Sejak 10 Jun sehingga semalam, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudah membuat saringan ke atas 5,451 individu di pintu masuk KLIA.

“Daripada jumlah ini, 5,423 individu didapati negatif Covid-19 dan sedang menjalankan proses kuarantin wajib di kediaman masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan hari ini di Putrajaya dekat Kuala Lumpur, mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ke-100 dan hari ke-16 Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) membuat pemeriksaan di 113 tapak binaan di seluruh Malaysia yang membabitkan 161 penguat kuasa.

Menurutnya, daripada jumlah itu didapati 72 tapak binaan patuh prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan manakala 11 tapak binaan tidak patuh SOP dan diberi amaran manakala 30 tapak binaan tidak beroperasi.

“Jumlah kumulatif tapak binaan yang mematuhi SOP sehingga semalam adalah 2,372 tapak binaan dan 457 tapak binaan tidak patuh SOP serta diberi amaran.

“Penguat kuasa CIDB turut mengarahkan 19 tapak pembinaan untuk tutup kerana tidak mematuhi SOP,” katanya. – myMetro Online

Tags: Covid-19KLIArakyat Malaysia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Malaysia Bukan Malas, Tetapi Gaji Ditawarkan Sama Seperti Pekerja Asing – Johari Ghani

Rakyat Malaysia Bukan Malas, Tetapi Gaji Ditawarkan Sama Seperti Pekerja Asing – Johari Ghani

04/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani menegaskan rakyat Malaysia bukan malas atau tidak...

Unit K9 Mula Bertugas Di KLIA 26 Oktober, Perkukuh Keselamatan Lapangan Terbang

Unit K9 Mula Bertugas Di KLIA 26 Oktober, Perkukuh Keselamatan Lapangan Terbang

21/10/2026
0

SEPANG – Unit anjing pengesan (K9) akan mula ditempatkan di beberapa lokasi strategik dalam terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd