• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Tak Berbangga Berada Dalam Kerajaan PN

oleh
11/05/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – UMNO tidak berbangga berada dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) kerana menganggap belum ada kuasa penuh seperti sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, sebaliknya berkata sokongan UMNO dalam PN adalah untuk menjatuhkan kerajaan didakwa ala politburo.

“Meskipun sebelah kaki kita berada di pentas kerajaan PN, tidak banyak boleh dibanggakan.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

“Sokongan kita adalah untuk menjatuhkan kerajaan ala politburo, menamatkan pemerintahan dinasti, mengekang rejim penipuan dan gila kuasa selama 22 bulan.

“Ia banyak menyusahkan rakyat. Maruah negara pula tercemar di pentas dunia.

“UMNO belum ada kuasa penuh. UMNO juga tidak gila kuasa tetapi bertegas dengan hamparan masa depan lebih gemilang untuk anak cucu kita.

“Dengan Melayu sebagai teras pemerintahan dan Islam dijadikan tiang serinya, segala keterlanjuran silam boleh dielakkan,” katanya dalam perutusan sempena ulang tahun UMNO yang ke-74, hari ini.

PN terbentuk menerusi persefahaman antara Barisan Nasional (BN) yang dipimpin UMNO bersama PAS dalam Muafakat Nasional (MN) dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Persefahaman itu bersetuju melantik Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebagai Perdana Menteri.

Ahmad Zahid mengakui, masa depan parti berliku serta perjalanan masih jauh, sekali gus menuntut semua ahli bertekad untuk bersatu hati.

“Hentikan politik peribadi yang ternyata hampir membuat kita tempang selepas PRU-14,” katanya.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, UMNO juga perlu terus mengukuhkan hubungan dengan PAS menerusi persefahaman dalam MN.

“Murnikan dan buktikan lagi seperti dalam lima pilihan raya kecil (PRK) lalu. Kita boleh melangkah lebih jauh dan lebih mudah jika iltizam serta semangat kita kuat,” katanya.

Ahmad Zahid turut mengingatkan ahli bahawa sekarang bukan masa untuk parti ‘duduk bertimpuh’ dan ‘bertatih’ lagi, serta tidak menjadi seperti perosak.

“Kita mesti sedia dalam semua hal, termasuk barisan pemimpin masa depan. Sejauh mana kita mampu menyesuaikannya dengan geopolitik negara, kitalah yang mencorakkannya.

“Sempena ulang tahun ke-74 UMNO, saya merayu semua ahli menggenggam erat keris perjuangan parti, hentikan tabiat ‘api dalam sekam’ dan semarakkan semula semangat sejarah penubuhannya,” katanya.

Dalam pada itu, beliau melahirkan rasa syukur kerana UMNO masih mampu berdiri megah untuk bangsa, agama dan negara pada usia 74 tahun.

Katanya, UMNO bukan lagi parti eksklusif untuk Melayu tetapi turut memayungi bangsa lain ke arah satu aspirasi nasional.

Beliau berkata, penularan COVID-19 ketika ini membatasi kegiatan parti, termasuk mesyuarat bahagian dan cawangan yang terpaksa ditunda.

Namun, katanya, semua bahagian terus sibuk membantu rakyat, sekali gus membuktikan keprihatinan UMNO. – BH Online

Tags: Ahmad Zahid Hamidiperikatan nasionalUMNO
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PKPB: Hanya Lapan Orang Urus Jenazah Di Kubur

Next Post

DUN Chini: Belum Boleh Laksana Penamaan Calon ‘Online’

Related Posts

Titah Adendum: PM Sedia Bincang

Titah Adendum: PM Sedia Bincang

18/07/2025
0

PUTRAJAYA - Perdana Menteri menyatakan kesediaannya terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan pimpinan parti itu bagi...

145 Ketua UMNO Bahagian Desak PM Segera Laksanakan Titah Adendum

145 Ketua UMNO Bahagian Desak PM Segera Laksanakan Titah Adendum

18/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Seramai 145 Ketua UMNO Bahagian seluruh negara, termasuk dari Sabah, mendesak supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim segera mengambil...

Next Post

DUN Chini: Belum Boleh Laksana Penamaan Calon 'Online'

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd