• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PKPB: Hanya Lapan Orang Urus Jenazah Di Kubur

oleh
11/05/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menetapkan hanya lapan individu dibenarkan untuk menguruskan jenazah di tanah perkuburan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berkuat kuasa.

Pengarahnya, Mohd Ajib Ismail, berkata lapan individu itu termasuklah dalam kalangan pegawai masjid atau ahli jawatankuasa surau serta ahli keluarga terdekat waris.

Itu adalah prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan semasa PKP dan pihaknya berpendirian untuk menggunakan prosedur yang sama semasa PKPB.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

“JAWI masih gunakan SOP ini sebagaimana PKP sebelum ini, ia akan dimurnikan berdasarkan keadaan semasa. Semua yang mengendalikan jenazah di tanah perkuburan perlu mengikuti SOP yang ditetapkan oleh kerajaan,” katanya ketika dihubungi di sini.

Mereka yang mengendalikan jenazah kematian biasa di kubur juga perlu sentiasa mengamalkan penjarakan sosial, memakai pelitup muka dan sentiasa basuh tangan atau gunakan cecair pembasmi kuman.

JAWI juga sudah mengeluarkan surat pekeliling mengenai SOP di tanah perkuburan kepada semua pihak yang menguruskan surau dan masjid di Wilayah Persekutuan.

Bagaimanapun, bagi aktiviti ziarah tanah perkuburan pula pihaknya menetapkan hanya 20 individu dalam satu masa dengan mengekalkan jarak satu meter antara satu sama lain seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.

JAWI memberikan sedikit kelonggaran untuk aktiviti ziarah tanah perkuburan oleh waris terdekat pada Ramadan dan Aidilfitri nanti.

“Walaupun aktiviti ziarah dibenarkan, jumlahnya dikawal iaitu hanya 20 individu dalam satu masa bagi mengelakkan orang ramai berkumpul di kawasan terbabit,” katanya. – BH Online

Tags: jenazahperintah kawalan pergerakan bersyarattanah perkuburan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Jenazah Nadia Kesuma Akan Dikebumi Di Jeddah, Arwah Memang Mahu Ke Makkah’ – Suami

‘Jenazah Nadia Kesuma Akan Dikebumi Di Jeddah, Arwah Memang Mahu Ke Makkah’ – Suami

18/01/2026
0

GEORGETOWN: "Jenazah isteri saya, Allahyarham Nadia Kesuma akan dikebumikan di sana. Kami tak akan bawa pulang jenazah ke tanah air...

Video Tular Lelaki Bersilat Di Tanah Kubur Tiada Unsur Pemujaan

Video Tular Lelaki Bersilat Di Tanah Kubur Tiada Unsur Pemujaan

23/11/2025
0

KLUANG – Tiada sebarang unsur pemujaan atau ritual bercanggah syarak di kawasan Tanah Perkuburan Islam Kampung Melayu, di sini, susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd