Saturday, May 4, 2024

Creating liberating content

Hanya Tinggal Tiga Badak...

PETALING JAYA - Badak sumbu Sumatera semakin diancam kepupusan apabila jumlah haiwan itu...

Wanita Berang Cakar Kepala...

GARA-gara berang permintaanya mengadakan hubungan seks ditolak, seorang wanita bertukar menjadi histeria sehingga...

Syed Saddiq Politikkan Projek...

Bagi memahami isu projek mega Maharani Energy Gateway yang dikecohkan Ahli Parlimen Muar,...

Pensyarah Rugi RM260,000 Ditipu...

KOTA KINABALU - Seorang pensyarah wanita sebuah universiti awam di sini mengalami kerugian...

Sesuaikan SOP PKPB Dengan Kerajaan Pusat

PUTRAJAYA – Kerajaan negeri boleh menyesuaikan prosedur standard operasi (SOP) pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula esok mengikut keperluan rakyat negeri masing-masing.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penyesuaian itu bagaimanapun mesti mematuhi ruang lingkup SOP ditetapkan kerajaan Persekutuan sebagaimana dibincangkan sebelum ini.

Menurutnya, satu panduan am serta SOP pelaksanaan PKPB sudah dikeluarkan kerajaan Persekutuan dalam satu mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang diadakan bersama Menteri Besar dan Ketua Menteri sebelum ini.

Anda peniaga? Mencari platform pengiklanan Online? Mula dengan kami ..Website Mynewshub, FB (2.96 juta followers), Instagram dan Twitter. Hubungi kami http://www.wasap.my/60176070516

“Kita bersetuju negeri-negeri boleh menyesuaikan SOP dikeluarkan kerajaan Pusat dengan keperluan negeri dan daerah masing-masing, tetapi mesti ikut garis panduan kerajaan Persekutuan,

“Sebagai contoh peniaga kedai makan di Bera, memandangkan jam 8 malam sudah tiada siapa keluar rumah, tuan punya kedai boleh menutup lebih awal daripada had waktu jam 10 malam kerana tiada keuntungan akan diperoleh sekiranya waktu operasi dipanjangkan mengikut SOP.

“Paling penting, kesesuaian SOP untuk negeri dan daerah mesti mengikuti ruang lingkup SOP ditetapkan kerajaan Persekutuan.

“Jangan ada yang sepatutnya buka kedai sampai jam 10 malam tetapi jam 12 tengah malam baru tutup,” katanya pada sidang akhbar (Non-Health) selepas Mesyuarat Khas Menteri-menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sini hari ini.


Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri sekali lagi menekankan bahawa kerajaan akan melaksanakan kawalan bersasar bagi mana-mana kawasan atau lokaliti yang berlaku kenaikan mendadak pandemik koronavirus (Covid-19) selepas ini.

Menurutnya, kerajaan akan mengenal pasti sebarang kes kenaikan mendadak jangkitan Covid-19 berdasarkan lokaliti sahaja di mana tindakan ‘lockdown’ atau perintah berkurung akan dibuat di mana-mana kawasan dikenal pasti, bukan di seluruh negara.

“Saya sudah sebut semalam. Kita kenal pasti berdasarkan lokaliti dan jika ada berlaku kenaikan kes Covid-19 di lokaliti dikenal pasti, kita akan ‘lockdown’ kawasan itu dan bukan seluruh Malaysia.

“Di mana ada berlaku ‘spike’, maka kawasan itu sahaja kita akan tutup dan tidak seluruh negara. Itu langkah terbaik kerajaan jika berlaku kenaikan mendadak jangkitan Covid-19 selepas ini,” katanya.

Kategori