• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rentas Negeri: Trafik Lebuh Raya Lancar

oleh
07/05/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MEMASUKI hari pertama pergerakan rentas negeri bagi pemohon Gerak Malaysia, keadaan aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dan kawasan plaza tol menghala keluar dari ibu negara lancar setakat 1 tengah hari ini.

Orang ramai yang terkandas di Kuala Lumpur berikutan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu, kini dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing di negeri lain sekitar Semenanjung bermula hari ini.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata pihaknya menjangkakan 300,000 kenderaan akan menggunakan lebuh raya utama sepanjang tempoh pergerakan rentas negeri dilaksanakan sehingga Ahad ini.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

“Pada pagi ini, kita dapati lebuh raya utama seperti Lebuhraya PLUS, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT2, serta Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) masih lancar dan tiada kesesakan dilaporkan.

“Namun, kita menjangkakan aliran trafik akan bertambah pada sebelah petang iaitu selepas waktu berbuka puasa,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, tinjauan mendapati pergerakan trafik di Plaza Tol Jalan Duta arah utara, Plaza Tol Sungai Besi arah selatan dan Plaza Tol Gombak menuju Pantai Timur lancar setakat 1 tengah hari ini.

Tinjauan tersebut turut mendapati orang ramai memilih untuk memulakan perjalanan selepas pukul 10 pagi, iaitu selepas waktu puncak untuk ke destinasi masing-masing.

Seorang pengguna Tol Jalan Duta, Hayati Roslan, 37, berkata beliau yang terkandas di Kuala Lumpur telah merancang perjalanannya ke Baling, Kedah secara rapi.

“Saya ikut saranan pihak berkuasa untuk tambah nilai dan isi minyak penuh sebelum memulakan perjalanan. Saya anggarkan perjalanan saya akan makan masa lima jam tapi saya bawa siap-siap makanan ringan untuk berbuka sekiranya jalan sesak.

“Sudah dekat dua bulan saya tak pulang sebab Perintah Kawalan Pergerakan ini. Betul-betul sebelum pengumuman PKP, saya datang ke Kuala Lumpur untuk lawat saudara di sini,” katanya.

Sehingga semalam, sebanyak 143,516 permohonan menerusi aplikasi Gerak Malaysia telah diluluskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mereka yang ingin melakukan rentas negeri untuk pulang ke kediaman masing-masing selepas terkandas di lokasi semasa berikutan penguatkuasaan PKP.

Tags: aliran trafiklebuh rayarentas negeri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Trafik Perlahan, Laluan Sesak Dari Gombak Hala Pantai Timur, Kenderaan Bertali Arus Dari Slim River Ke Tapah

Trafik Perlahan, Laluan Sesak Dari Gombak Hala Pantai Timur, Kenderaan Bertali Arus Dari Slim River Ke Tapah

15/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Aliran trafik menghala Pantai Timur dari Gombak ke Genting Sempah sesak anggaran 11 kilometer pagi ini. Jurucakap Lembaga...

Tiada Kenaikan Tol 10 Konsesi Lebuh Raya – Fahmi

Tiada Kenaikan Tol 10 Konsesi Lebuh Raya – Fahmi

18/12/2025
0

Kuala Lumpur: Mesyuarat Jemaah Menteri semalam telah memutuskan tiada kenaikan tol bagi 10 konsesi lebuh raya untuk 2026, kata Menteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd