• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Perlu Sedia Kemungkinan PKP Dilaksana Semula

oleh
14/05/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia perlu bersedia berdepan kemungkinan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa semula, sekiranya penularan jangkitan COVID-19 yang sebelum ini mencatatkan penyusutan kembali meningkat.

Mendedahkan perkara itu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menitipkan pesanan bahawa apa yang berlaku ketika situasi semasa mungkin berbeza dengan persekitaran semalam.

Sehubungan itu, katanya, setiap keputusan kerajaan sebenarnya bergantung kepada situasi semasa dan data mengenai kadar penularan COVID-19 yang diperoleh dari Kementerian Kesihatan (KKM).

“Kita lihat banyak negara di dunia seperti Jerman, Korea Selatan, China dan sebagainya membuka negara mereka (daripada perintah berkurung atau kawalan pergerakan), tetapi apabila situasi berubah, akhirnya mereka perlu tutup semula.

“Kita baca berita semalam bahawa Arab Saudi yang sebelum ini tiada penutupan sepenuhnya di negara terbabit, kini mengenakan perintah berkurung selama 24 jam berkuat kuasa untuk lima hari, iaitu dari 23 Mei hingga 27 Mei.

“Oleh itu, lima hari termasuk ketika Aidilfitri, negara mereka ditutup atau dikenakan perintah berkurung, tetapi kita bernasib baik apabila kerajaan memberikan sedikit kelonggaran.

“Bagaimanapun, setiap kebebasan perlu dihargai dengan penuh tanggungjawab , iaitu menjaga kepentingan diri dan masyarakat, termasuk keselamatan keluarga sendiri,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), di Putrajaya, hari ini. – BH Online

Tags: Covid-19perintah kawalan pergerakan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd