• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRK Pertama Dalam Tempoh Pandemik Covid-19

oleh
15/05/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PILIHAN Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.23 Chini bakal mencatat sejarah apabila menjadi PRK pertama diadakan ketika negara berjuang mengekang pandemik Covid-19.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Azhar Azizan Harun berkata, PRK itu yang akan diadakan pada 4 Julai disusun supaya patuh prosedur operasi standard (SOP) yang mengelak penularan wabak.

Antara cadangan SOP ialah jumlah maksimum pemilih setiap saluran ditetapkan 400 orang berbanding 600 orang sebelum ini, selain memasukkan kad masa keluar mengundi untuk penjarakan sosial dan elak kesesakan.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

“Kita sudah berbincang dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan polis berhubung pelaksanaan SOP ini.

“SPR juga bertanggungjawab memastikan proses PRK DUN Chini selari langkah kawalan penyebaran Covid-19, sebagaimana dinasihatkan KKM.

“Penelitian lanjut SOP pilihan raya sedang dilakukan dan ia akan dimuktamadkan secepat mungkin bagi pemakaian pada PRK kali ini,” katanya pada sidang media, hari ini.

PRK DUN Chini diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Abu Bakar Harun pada 7 Mei lalu akibat serangan jantung.

Mengulas lanjut, Azhar berkata, sebanyak RM14.3 juta diperuntukkan untuk pilihan raya kecil itu, yang diuruskan 832 petugas selain, pembukaan 14 pusat mengundi dengan 66 saluran.

Bagi memastikan aktiviti kempen terkawal selaras Perintah Kawalan Pergerakan, katanya, tiga Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PPKPR) dibentuk yang dianggotai polis, pihak berkuasa tempatan dan wakil calon bertanding.

“SPR akan menggunakan dewan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pekan untuk penamaan calon yang ditetapkan pada 20 Jun dan proses penjumlahan rasmi undi,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Daerah Pekan Datuk Zaliza Zulkipli dilantik sebagai Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan akan dibantu empat orang penolong pegawai pengurus.

Beliau meminta bakal calon bertanding supaya membuat semakan awal dengan SPR bagi melancarkan proses.

Permohonan untuk mengundi pos bagi pengundi dalam dan luar negara dibuka hari ini dan akan ditutup pada 18 Jun. – myMetro Online

Tags: DUN Chinipandemik COVID-19PRK ChiniSPR
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Keputusan Rasmi: SPR Umum BN Menang 48 Kerusi DUN

Keputusan Rasmi: SPR Umum BN Menang 48 Kerusi DUN

12/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Barisan Nasional (BN) mencatat kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Negeri Johor Ke-16 apabila berjaya...

PRN Johor: DAP Ingatkan SPR Tiada Etika Berpakaian Ke Pusat Pengundian

PRN Johor: DAP Ingatkan SPR Tiada Etika Berpakaian Ke Pusat Pengundian

11/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching mengingatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa tiada etika berpakaian ditetapkan bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd