• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penjawat Awam Bertugas Dalam Normal Baharu Mulai Isnin

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mulai Isnin ini, penjawat awam dikehendaki bertugas dalam normal baharu susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali, berkata ia susulan pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengumumkan pembukaan sektor ekonomi dan awam bermula 4 Mei ini.

Justeru, beliau mengarahkan ketua jabatan mengambil langkah proaktif dan efektif bagi memastikan penyampaian perkhidmatan awam yang terbaik kepada rakyat dengan mengutamakan aspek keselamatan serta kebajikan awam mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Anda peniaga? Mencari platform pengiklanan Online? Mula dengan kami ..Website Mynewshub, FB (2.96 juta followers), Instagram dan Twitter. Hubungi kami http://www.wasap.my/60176070516

“SOP itu antaranya memastikan keberadaan di pejabat kepada pegawai yang perlu.

“Penggiliran pekerja selain melaksanakan waktu anjal terutama mereka yang mempunyai kesulitan bagi penjagaan anak di rumah.

“Mesyuarat digalakkan diadakan secara maya melalui medium yang selamat dan terjamin dari segi kerahsiaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Muhyiddin ketika menyampaikan Perutusan Khas sempena Hari Pekerja semalam berkata, kerajaan akan melaksanakan sebahagian besar aktiviti ekonomi dan sosial mulai Isnin ini.

Ia susulan kerajaan menyedari negara kerugian RM2.4 bilion sehari sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu yang dilanjut hingga 12 Mei ini.

Mohd Zuki berkata, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan mengeluarkan garis panduan mengenai SOP berkenaan dalam masa terdekat.

“PKPB dan semua arahan dikeluarkan pihak berkuasa mesti dipatuhi. Elemen protokol kesihatan dan keselamatan di pejabat perlu mematuhi penjarakan sosial serta arahan semasa Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya. – BH Online

Tags: Penjawat Awamperintah kawalan pergerakan bersyarat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jumlah Penjawat Awam Kaum India Masih Rendah, Sepatutnya 85,000 Orang – Charles Santiago

Jumlah Penjawat Awam Kaum India Masih Rendah, Sepatutnya 85,000 Orang – Charles Santiago

06/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago mendakwa tahap penyertaan kaum India dalam perkhidmatan awam masih rendah dan...

Senator Lingeshwaran Mohon Cuti Tanpa Rekod Sempena Deepavali Untuk Penjawat Awam Beragama Hindu

Senator Lingeshwaran Mohon Cuti Tanpa Rekod Sempena Deepavali Untuk Penjawat Awam Beragama Hindu

30/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Dewan Negara, Senator Dr. RA Lingeshwaran memohon Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertimbangkan pelaksanaan kemudahan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd