• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mukhriz Dapat Malu Besar!

oleh
15/05/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MAKA berkatalah Datuk Seri Mukhriz Mahathir, mesyuarat EXCO Kerajaan Kedah memutuskan untuk mengesyorkan kepada Sultan Kedah bahawa isu sokongan kepada Menteri Besar perlu dipastikan melalui undi tidak percaya terhadap Menteri Besar dalam sidang Dewan Undangan Negeri.

Pegawai media beliau, Hafiz Azmi, pun mengulanglah: “Hanya ada 2 cara untuk menukar Menteri Besar Kedah. Pertama, dalam pilihan raya, sama ada Pilihan Raya Umum ataupun Pilihan Raya Negeri. Kedua, dalam Sidang Dewan Undangan Negeri, usul undi tak percaya kepada YAB MB.”

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Pelik di mana mereka belajar undang-undang kerana Mahkamah Persekutuan telah, di dalam kes Dato’ Seri Ir. Hj Mohammad Nizar Jamaluddin lawan Dato’ Seri Dr. Zambry Abdul Kadir, memutuskan pada 9 Februari 2010 persoalan:

“Sama ada penentuan isu kepercayaan ke atas Menteri Besar perlu dibuat melalui undi tidak percaya dalam sidang Dewan Undangan Negeri atau melalui kaedah lain selain melalui undi tidak percaya dalam sidang Dewan Undangan Negeri?”

(“Whether the determination of the issue of confidence in the Menteri Besar has to be made by members of the State Legislative Assembly in an Assembly meeting on a vote of no confidence or by means other than by a vote of no confidence in the State Legislative Assembly?”)

Dan persoalan ini telah dijawab dengan tuntas oleh Mahkamah Persekutuan yang memutuskan bahawa:

“Tiada dalam Perlembagaan Negeri peruntukan bahawa kehilangan kepercayaan ke atas Menteri Besar hanya boleh dibuat melalui undi tidak percaya dalam sidang Dewan Undangan Negeri. Oleh itu, bukti kehilangan kepercayaan ke atas Menteri Besar boleh dikumpul daripada sumber-sumber lain dengan syarat ia dibuat dengan betul. Sumber-sumber ini adalah termasuk pengakuan daripada Menteri Besar sendiri dan/atau represantasi yang dibuat oleh Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri bahawa Menteri Besar tidak lagi mendapat sokongan majoriti Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri.”

(“There is nothing in the State Constitution stipulating that the loss of confidence in the Menteri Besar may only be established through a vote in the Legislative Assembly. As such, evidence of loss of confidence in the Menteri Besar may be gathered from other extraneous sources provided they are properly established. Such sources should include the admission by the Menteri Besar himself and/or representations made by members of the Legislative Assembly that the Menteri Besar no longer enjoys the support of the majority of the members of the Legislative Assembly.”)

Dalam kes di Perak, yang memaklumkan kepada Sultan Perak bahawa Barisan Nasional telah mendapat sokongan majoriti (31) Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri adalah Dato’ Seri Mohd Najib Razak, tetapi untuk meyakinkan Baginda bahawa maklumat yang dipersembahkan itu adalah tepat, kesemua 31 Ahli Dewan Undangan Negeri tersebut telah dititah menghadap Baginda, dan setelah menemui sendiri kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri tersebut Baginda telah yakin bahawa Dato’ Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin telah terhenti daripada mendapat kepercayaan sebahagian besar dari kalangan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri.

Dalam kes di Kedah pula, yang memaklumkan kepada Sultan Kedah bahawa Perikatan Nasional telah mendapat sokongan majoriti (23) Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri adalah Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, tetapi untuk meyakinkan Baginda bahawa maklumat yang dipersembahkan itu adalah tepat, kesemua 23 Ahli Dewan Undangan Negeri tersebut, selain Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri yang masih menyokong Datuk Seri Mukhriz Mahathir, telah dititah menghadap Baginda hari ini.

Tidakkah malu besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir bila pengesyoran beliau bahawa isu sokongan kepada Menteri Besar perlu dipastikan melalui undi tidak percaya terhadap Menteri Besar dalam sidang Dewan Undangan Negeri telah ditolak oleh Sultan Kedah?

Dan tidakkah sangat ganjil malah sangat melucukan sekali bila seorang pemimpin yang tidak tahu perkara asas mengenai undang-undang negara dan yang pengesyoran beliau telah ditolak oleh Sultan beliau mahu diri beliau dinobatkan sebagai Presiden parti beliau?

Datuk Seri Mukhriz Mahathir ingat Sultan Kedah tidak tahu undang-undang negarakah?

Daulat Tuanku!

Dr Kamarul Zaman Yusoff

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3245834992127203&id=100001022016761

Tags: Menteri Besar KedahMukhriz Mahathir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Akmal ‘Sound’ Sanusi, Jangan Pecahkan Lagi Orang Melayu

Akmal ‘Sound’ Sanusi, Jangan Pecahkan Lagi Orang Melayu

26/04/2026
0

KUALA LUMPUR - 'Budak catur' ini bukan setakat lawan DAP di ceramah sahaja, tapi saya ada dua kes mahkamah lawan...

Ahmad Bashah Buat Keputusan Tanam Durian – Mukhriz

Ahmad Bashah Buat Keputusan Tanam Durian – Mukhriz

12/07/2022
0

KUALA LUMPUR : Selepas lebih seminggu episod menuding jari, bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini mendakwa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd