• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Mungkin Alami Gelombang Kedua Covid-19

oleh
07/05/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENGUMUMAN oleh kerajaan Malaysia baru-baru ini untuk melonggarkan sekatan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara mendapat perhatian Energesse, penyedia penyelesaian penjagaan kesihatan antarabangsa yang beribu pejabat di Australia.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas, Dr Avnesh Ratnanesan mengingatkan bahawa gelombang kedua Covid-19 mungkin berlaku dan ternyata lebih mencabar dan menganggu corak perniagaan dan sosial dengan kelonggaran PKP di seluruh negara.

“Pendekatan yang longgar juga akan memberi kesan kepada petugas penjagaan kesihatan dan sistem kesihatan, yang kebanyakannya telah menghadapi tekanan sejak lapan minggu yang lepas dengan PKP,” kata Dr Avnesh, seorang warganegara Malaysia dan penduduk tetap Australia, kepada Bernama.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Dr Avnesh menyediakan kaedah dan khidmat nasihat kepada perkhidmatan kesihatan Australia berhubung pengurusan pandemik ini dengan lebih berkesan.

Beliau menjelaskan dengan langkah kerajaan untuk membenarkan kembali bekerja mulai 4 Mei, tahap pengurangan yang dilakukan adalah terlalu cepat berikutan negara lain kini bergelut dengan gelombang kedua disebabkan kerajaan berpuas hati dengan menganggap bahawa mereka dapat mengendalikan dengan baik gelombang yang pertama.

“Sebahagian syarikat dapat mengekalkan produktiviti dengan bekerja dari rumah dan ini perlu terus digalakkan.

“Dalam banyak keadaan, ahli ekonomi dan ahli epidemiologi ternyata bersetuju berdasarkan model berasaskan data bahawa pendekatan secara berperingkat untuk mengurangkan sekatan adalah yang terbaik untuk perniagaan dan kesihatan.

“Kerajaan di seluruh dunia bergantung kepada unjuran matematik untuk membantu membuat keputusan dalam pandemik ini,” katanya.

Dr Avnesh mencadangkan kerajaan Malaysia untuk menggunakan lebih banyak data, model dan malah algoritma berasaskan AI untuk memaklumkan dan membantu membuat keputusan mereka, berbanding pendapat yang subjektif daripada individu yang mungkin tidak memahami sepenuhnya kesukaran kesihatan awam jangka pendek dan jangka panjang serta pemboleh ubah ekonomi yang terlibat.

“Kami membangunkan peralatan digital dinamakan PMme (Pandemic Management for me). PMme adalah alat sokongan keputusan dan audit yang disesuaikan untuk Ketua Pegawai Eksekutif penjagaan kesihatan dan pengarah di hospital dan perkhidmatan kesihatan.

“Ia membantu organisasi ini mengenal pasti jurang dan kekuatan mereka terhadap amalan terbaik antarabangsa dalam aktiviti kesiapsiagaan dan tindak balas pandemik. Ia juga membantu mereka memantau dan meningkatkan kemajuan mereka dari semasa ke semasa dalam menguruskan sumber yang terhad dengan berkesan.

“Kerajaan perlu mengimbangi campur tangan jangka pendek PKP dan impak jangka sederhana yang timbul dari tempoh kuarantin selama lebih lapan minggu,” katanya.

Dr Avnesh turut mencadangkan pengenalan ‘Health Hour’ kepada individu yang digalakkan untuk meninggalkan rumah mereka selama satu jam sehari dan dalam jarak satu kilometer dari rumah mereka untuk berjoging atau bersukan dalam amalan penjarakan sosial yang ditetapkan.

“Ini berfungsi sebagai penambahbaikan kepada dasar untuk meningkatkan pemikiran kesihatan yang menyeluruh dan menyokong pembangunan imuniti,” katanya.

Tags: Covid-19Energessegelombang keduaperintah kawalan pergerakan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd