• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lesu, Hilang Deria Bau Rasa Termasuk Gejala Covid-19

oleh
28/05/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kelesuan dan hilang deria bau serta rasa, kini termasuk dalam gejala koronavirus (Covid-19) tidak nyata, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Dr Noor Hisham berkata, sebelum ini jika seseorang itu mempunyai gejala nyata seperti demam, batuk, selesema, cirit-birit dan sesak nafas, kebarangkalian untuk mendapat jangkitan Covid-19 itu wujud.

“Tetapi gejala yang kita tak perasan ada kalanya adalah keletihan, kelesuan, yang juga satu gejala (Covid-19). Hilangnya deria bau dan deria rasa. Itu pun satu gejala.

“Mesyuarat (tempoh hari) di Jabatan Perdana Menteri pun, pegawai tersebut yang datang ke mesyuarat (pasca-Kabinet), dia tidak ada gejala yang nyata, contohnya demam, batuk, sesak nafas ataupun selesema. Tetapi hanya gejala kelesuan yang ada,” jelasnya.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, apabila pegawai tersebut ada gejala kelesuan, kebetulan yang beliau diperlukan bagi menghadiri mesyuarat tersebut, maka KKM telah melaksanakan ujian saringan dan beliau positif.

Dalam pada itu Dr Noor Hisham berkata, walaupun di pejabat mempunyai peralatan untuk mengambil suhu, jelasnya walaupun seseorang suhu normal (36.6 hingga 37.2), tidak semestinya mereka tidak bergejala (gejala tidak nyata).

“Tapi kalau ada gejala (nyata dan tidak nyata), pastikan jangan datang ke pejabat langsung,” katanya berhubung wujudnya perbezaan suhu pada termometer yang digunakan.

Dalam perkembangan lain, Dr Noor Hisham berkata, KKM akan melihat bagaimana untuk menempatkan pesakit COVID-19 yang telah didiscaj selepas 14 hari, sekiranya tidak mereka tidak mahu pulang ke rumah.

“Kalau mereka tak nak balik, kita akan lihat bagaimana untuk kita tempatkan mereka di hospital atau mungkin di institut latihan dan tempat yang asymptomatic (tidak menunjukkan apa-apa simptom) bergejala ringan.

“Mereka yang bergejala pada hari pertama dan hari 14 masih lagi bergejala, itu yang kita akan tahan lagi. Sebab ada yang (bergejala) berpunca dari virus dan kebolehjangkitan atau komplikasi,” jelasnya.

Tambah Noor Hisham, sekiranya pesakit ada komplikasi dan memerlukan rawatan berlanjutan, KKM akan pantau dan rawat, sehingga mereka didiscaj daripada wad.

Jelas Dr Noor Hisham lagi, KKM juga menerbitkan garis panduan untuk pakar-pakar serta doktor mereka, untuk merawat serta mengurus pesakit untuk tempoh 14 hari dalam masa terdekat.

Selain itu, Dr Noor Hisham berkata, KKM bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN), polis dan badan bukan kerajaan (NGO), bekerjasama untuk melaksanakan pemantauan terhadap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) masyarakat, ketika aktiviti riadah dan bersenam.

Dr Noor Hisham menjawab pertanyaan pemberita berhubung isu jarakan sosial, ketika orang awam melakukan aktiviti riadah dan bersenam, sehingga menyebabkan kawasan taman rekreasi menjadi sesak.

Tags: Covid-19gejalahilang deria rasa baukelesuan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd