• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hanya Sembilan Daerah Zon Merah Covid-19

oleh
04/05/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Sembilan daerah di seluruh negara masih diletakkan di bawah zon merah berbanding semalam selepas Petaling kini diletakkan di bawah zon kuning.

Menerusi data yang dikeluarkan oleh Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat (CPRC) Kebangsaan, kes aktif Covid-19 di Petaling mencatatkan penurunan kepada 39 kes.

Bagaimanapun Seremban yang sebelum ini berada di zon kuning kembali diisytihar sebagai zon merah selepas kes aktif di daerah itu meningkat sehingga 45 kes.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Selain Seremban, lapan daerah yang masih zon merah yang masih merekodkan kes aktif adalah Lembah Pantai, Kuala Lumpur (221 kes); Kuching, Sarawak (131 kes); Kepong, Kuala Lumpur (96 kes), Titiwangsa, Kuala Lumpur (95 kes); Gombak, Selangor (87 kes); Kluang, Johor (67 kes), Hulu Langat, Selangor (48 kes) dan Kota Samarahan, Sarawak (47 kes).

CPRC Kebangsaan turut merekodkan 62 daerah diletakkan di bawah zon kuning.

Keseluruhan daerah di Melaka masing-masing berada di bawah zon kuning dengan bilangan kes antara satu hingga 40 kes.

Johor juga merekodkan hampir keseluruhan daerahnya berada di bawah zon kuning melainkan Kluang satu-satunya daerah masih diletakkan di bawah zon merah di negeri itu.

Johor Bahru yang sebelum ini diletakkan di bawah zon merah juga mencatatkan penurunan kes kepada 37 kes yang aktif.

Sementara itu, sebanyak 86 daerah seluruh negara diletakkan di bawah zon hijau iaitu sifar kes aktif.

Setakat jam 12 tengah hari semalam, sebanyak 6,298 kes positif Covid-19 direkodkan sejak pandemik itu menular di negara ini 25 Januari lalu.

Sehingga kini, hanya 1,780 pesakit masih dirawat di hospital.

Tags: Covid-19daerahZon Merah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd