• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Defisit Fiskal Malaysia Terkawal

oleh
19/05/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia berjaya menguruskan ekonominya dengan baik sekali berbanding negara-negara jirannya dan tidak membiarkan defisit fiskalnya di luar kawalan di tengah-tengah kebimbangan kemelesetan dalam pasaran, kata seorang ahli akademik.

Profesor Richard Vietor daripada Harvard Business School berkata sebagai ekonomi ketiga terbesar di Asia Tenggara, Malaysia mencatatkan prestasi yang baik meskipun kelembapan ekonomi global. 

Bagaimanapun, beliau berkata walaupun Malaysia adalah sebuah kuasa besar perdagangan, namun perdagangan dijangkakan perlahan sehingga negara-negara seperti Amerika Syarikat (AS), Eropah dan China pulih daripada pasca pandemik COVID-19.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

“Saya rasa anda akan lihat China pulih dahulu. Saya fikir Malaysia perlu menguruskan hal ehwal fiskalnya dengan berhati-hati dan bersiap-sedia sedaya mungkin untuk bersaing di AS dan Eropah apabila negara-negara itu pulih,” katanya pada webinar bertajuk “Economic Consequences of COVID-19” (Kesan-Kesan Ekonomi akibat COVID-19) di sini, hari ini.

Webinar itu dianjurkan oleh Sekolah Perniagaan Antarabangsa Azman Hashim Universiti Teknologi Malaysia.

Ketua Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Kristalina Georgieva berkata krisis kesihatan ini memberikan cabaran getir kepada penggubal dasar di banyak pasaran sedang pesat membangun dan ekonomi membangun. 

Beliau berkata pandemik itu menjejaskan ekonomi dunia yang telahpun berada dalam keadaan lemah berikutan pelbagai isu seperti pertikaian perdagangan, ketidaktentuan dasar dan ketegangan geopolitik.  

Sementara itu, mengenai mata wang, Vietor menjangka mata wang Malaysia menyusut sedikit berbanding dolar AS.

“Tetapi tidak begitu banyak, kerana Malaysia berjaya menangani krisis ini lebih baik berbanding banyak negara lain, sebagai contoh, saya telahpun melihat rand Afrika Selatan dan Lira Turki jatuh merudum.

“Saya fikir negara-negara lemah akan mempunyai mata wang yang lebih lemah, manakala negara-negara yang tidak membiarkan hutang mereka meningkat dengan ketara akan mempunyai mata wang yang lebih kukuh. Bagaimanapun, dolar AS akan terus kekal menjadi mata wang pertukaran untuk sementara waktu ini,” katanya.

Tags: defisit fiskalEkonomipandemik COVID-19
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Adly Zahari Dakwa Rakyat Johor Utara ‘Melimpah’ Sehingga Ke Melaka

Adly Zahari Dakwa Rakyat Johor Utara ‘Melimpah’ Sehingga Ke Melaka

21/06/2026
0

SEGAMAT - Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari mendakwa Melaka kini 'dilimpahi' oleh rakyat Johor Utara disebabkan oleh pembangunan...

Tidak Perlu Ubah Kerajaan BN Johor Yang Stabil, Ekonomi Meningkat, Tiada Isu 3R – Eric Lim Sian See

Tidak Perlu Ubah Kerajaan BN Johor Yang Stabil, Ekonomi Meningkat, Tiada Isu 3R – Eric Lim Sian See

13/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pempengaruh media sosial yang sering mengulas isu politik, Eric Lim Sian See berpandangan Johor yang mencatatkan prestasi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd