• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dari Mana Datangnya Angka 129? – Azmin

oleh
28/05/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – “Saya pun tidak tahu dari mana datangnya angka 129 itu,” kata Menteri Kanan (Ekonomi), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berhubung dakwaan sejumlah 129 ahli Parlimen yang kini telah memberikan sokongan kepada Pakatan Harapan (PH) untuk membentuk kerajaan baharu bagi menggantikan Perikatan Nasional (PN).

Bagaimanapun, beliau menegaskan, perkara tersebut tidak sepatutnya dibahaskan selepas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen sebaik Tun Dr Mahathir Mohamad melepaskan jawatan itu pada penghujung Februari.

Azmin turut menegaskan, rakyat tidak perlu lagi diheret dalam kemelut politik dan pihak yang mempertikaikan perlu memahami bahawa pelantikan Perdana Menteri kelapan telah dilakukan secara telus oleh Yang di-Pertuan Agong.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

“Saya kira titah Duli Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong dalam perasmian pembukaan Parlimen baru-baru ini jelas selepas apa yang berlaku beberapa bulan lalu telah menyebabkan berlakunya perubahan kerajaan.

“Perkara itu telah dimuktamadkan mengikut peruntukan Perlembagaan undang-undang dan sekarang adalah masa untuk tumpukan khidmat kepada rakyat dalam negara dan di peringkat negeri,” katanya pada sidang akhbar di Wisma Darul Aman selepas mengadakan kunjungan hormat bertemu Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Noor hari ini.

Mohamed Azmin yang juga bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata demikian selepas diminta mengulas dakwaan blogger PH, Shahbudin Husin melalui Facebooknya mendakwa Dr Mahathir dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai sokongan mencukupi untuk membentuk kerajaan bagi menggantikan PN.

Jelas Shahbudin, PH kini mempunyai sokongan 129 ahli Parlimen dan mereka akan memohon untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong dalam masa terdekat bagi mempersembahkan jumlah sokongan dan Anwar kekal sebagai bakal Perdana Menteri.

Dalam masa sama, Mohamed Azmin turut meminta mana-mana pihak tidak menyalahkan PN secara berterusan sedangkan ia berpunca daripada tindakan Dr Mahathir yang meletakkan jawatan Perdana Menteri sebelum ini.

“Cukup cukuplah, jangan salahkan Perikatan Nasional kerana apa yang berlaku kerana ada seorang Perdana Menteri meletakkan jawatan. Nak salah siapa kalau itu kehendaknya. Bila berlaku kekosongan perlu diisi, itu sahaja,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Ahli ParlimenMohamed Azmin Alipakatan harapanperikatan nasional
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Johor Masih Ingat Kerajaan PH Batalkan Projek RTS, HSR

Rakyat Johor Masih Ingat Kerajaan PH Batalkan Projek RTS, HSR

19/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Rakyat Johor masih mengingati tindakan Pakatan Harapan (PH) membatalkan banyak projek mega yang sepatutnya memanfaatkan negeri ini...

MB Johor Onn Hafiz Sedang Berdepan Modus Operandi ‘Pembunuhan Karakter’ – Hafiz Ariffin

MB Johor Onn Hafiz Sedang Berdepan Modus Operandi ‘Pembunuhan Karakter’ – Hafiz Ariffin

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi sedang berdepan dengan modus operandi 'pembunuhan karakter' oleh Pakatan Harapan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd