Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

Hanya Kerana Tertinggal Buku,...

SEORANG budak lelaki yang bimbang akan mendapat markah `merah’ kerana terlupa membawa buku...

Kedah ‘Mewah’ 30 Saluran...

MERIAH... Menjelang pemansuhan siaran analog di seluruh negara pada 1 Jun ini, ramai...

Nasib Marcote Akan Ditentukan...

KUBANG PASU - Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) akan diadakan...

Rejim Zionis Kembali Serang...

BANDAR GAZA - Pejuang-pejuang Palestin melancarkan puluhan roket manakala Israel bertindak balas dengan...

Anwar Tak Hadir Sidang Media Mahathir

PUTRAJAYA – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak kelihatan pada sidang media yang diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini, sebentar tadi.

Sebaliknya, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu, selain Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal dan Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Seri Mukhriz Mahathir dilihat bersama-sama pada sidang media berkenaan.

Selain itu, ahli Parlimen dari PKR juga tidak kelihatan pada sidang media selama kira-kira 35 minit itu.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Bagaimanapun, ketika ditanya, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata Anwar sudah menandatangani kenyataan bersama yang dikeluarkan Pakatan Harapan (PH) dan parti yang bekerjasama dengannya.

“Dia (Anwar) sudah tandatangan kenyataan bersama tetapi dia tidak dapat hadir,” katanya ringkas ketika ditanya pada sidang media itu.

Sidang media itu bertujuan mengulas mengenai sidang Dewan Rakyat yang berlangsung pagi ini.

Beberapa ahli parlimen, dengan pakaian rasmi, juga hadir di auditorium tempat sidang media itu diadakan.


Dalam sidang media itu, Dr Mahathir mendakwa sidang Dewan Rakyat sepatutnya boleh diadakan untuk tempoh yang lebih lama, bukan hanya selama dua jam seperti hari ini.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, berdasarkan langkah pencegahan COVID-19 yang dilaksanakan dalam Dewan Rakyat hari ini, sepatutnya tidak ada masalah untuk sidang berlangsung lebih lama seperti yang dilaksanakan beberapa negeri pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Kalau mahu berbahas, tak dibenarkan sebab masalah pandemik. Sekarang ini semua orang sudah bebas membeli belah dan makan di kedai tapi dalam Dewan (tidak dibenarkan).

“Kita bukan mahu apa, kita cuma mahu duduk di kerusi kita tapi tidak dibenarkan satu hari pun, cuma beberapa jam saja. Sepatutnya tidak ada masalah untuk lapan hari,” katanya. – BH Online

Kategori