• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ADUN Johor Perlu Akur Titah Sultan – MB

oleh
14/05/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ISKANDAR PUTERI – Semua ahli dewan undangan negeri (ADUN) Johor diminta menerima nasihat Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar supaya tidak bertegang urat dan bertikam lidah bagi mencari pengaruh politik atau kepentingan peribadi.

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad, berkata semua ADUN juga perlu mematuhi nasihat baginda yang mahu mereka berganding bahu untuk membantu rakyat yang susah akibat COVID-19.

“Saya menyeru kepada semua Ahli Dewan, sama ada di pihak kerajaan mahu pun pembangkang supaya kita haruslah menerima nasihat Sultan Johor dengan kita terus memikul amanah dan tanggungjawab untuk membantu rakyat.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

“Saya percaya bahawa semua Ahli Dewan mendengar titah Sultan Ibrahim dengan penuh rasa tanggungjawab dan memberi sepenuh perhatian di atas nasihat dan juga teguran baginda pagi ini.

“Diharapkan antara kita sebagai wakil rakyat, kita akan dapat menterjemahkan (maksud) virus perpecahan yang dikatakan sebagai lebih serius daripada COVID-19 ini, supaya ia dapat dijadikan peringatan dalam kita memikul amanah dan tanggungjawab berkhidmat kepada masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas perasmian pembukaan Penggal Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang ke-14 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, di sini, hari ini.

Perasmian berkenaan disempurnakan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.

Sebelum ini, khabar angin ketegangan antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan UMNO Johor yang bertiup kencang didakwa mampu menggugat kestabilan politik di negeri ini yang diperintah gabungan Perikatan Nasional (PN) selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang di Johor, sejak dua bulan lalu.

Polemik politik yang didakwa berpunca daripada beberapa keputusan kerajaan negeri kebelakangan ini yang dikatakan lebih mengutamakan UMNO Johor sekali gus mengenepikan BERSATU.

Sementara itu, Hasni yang juga ADUN Benut berkata, beliau percaya wakil rakyat kerajaan mahu pun pembangkang akan terus berpegang kepada cara Johor.

“Saya percaya ahli dewan akan mengelak daripada berkonfrontasi dan juga bersengketa sebagai budaya dan cara kita berada di dalam dewan,” katanya. – BH Online

Tags: ADUN Johormenteri Besar JohorSultan Ibrahim Sultan IskandarSultan Johor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: Undi BN Dapat Onn Hafiz!

PRN Johor: Undi BN Dapat Onn Hafiz!

28/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini hakikat yang sukar dinafikan setiap undi diberi kepada Barisan...

PRN Johor: Maszlee Calon Menteri Besar Pakatan Harapan?

PRN Johor: Maszlee Calon Menteri Besar Pakatan Harapan?

27/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Spekulasi mengenai bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik akan diangkat sebagai Menteri Besar Johor jika Pakatan Harapan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd