• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

74 Pulih, Tiada Kematian, 39 Kes Baharu Covid-19

oleh
07/05/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TIADA kematian berkaitan virus Covid-19 dilaporkan ke Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), hari ini.

Bilangan kes pulih Covid-19 melebihi hampir dua kali ganda kes jangkitan baharu apabila sebanyak 74 kes pulih dan dibenarkan keluar wad berbanding 39 kes baharu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya dan dibenarkan discaj adalah sebanyak 4,776 kes atau 73.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

“Terdapat 39 kes baharu dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif di Malaysia adalah sebanyak 6,467 kes.

“Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 1,584 kes. Mereka sudah diasingkan dan diberi rawatan,” katanya dalam sidang media sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, daripada 39 kes baharu yang dilaporkan hari ini, satu kes import dilaporkan.

“Ini bermakna, kes penularan tempatan adalah sebanyak 38 kes, di mana sebanyak lapan kes dikesan daripada kluster dan lokaliti di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

“Sehingga kini, seramai 19 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah itu, lapan kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 107 kes berikutan hari ini tiada kematian dilaporkan,” katanya.

Tags: Covid-19CPRCPKPD
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Dewan Rakyat Tolak Usul Shafie Untuk Undi Percaya Mahathir

Next Post

Kluster Baharu Babitkan Pengawal Keselamatan Di Cheras

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

Next Post

Kluster Baharu Babitkan Pengawal Keselamatan Di Cheras

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd