• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Pelajar Malaysia Bakal Ke Harvard

oleh
21/05/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SATU lagi pencapaian membanggakan buat Malaysia, apabila dua pelajar muda, Mohamed Aqil Azmi dan Zad Chin Qi Qi, bakal ke Kolej Harvard, sekolah sarjana bagi Universiti Harvard yang terkenal di seluruh dunia.

Kelab Harvard Malaysia, menerusi kenyataan hari ini, memaklumkan, kedua-dua pelajar itu akan menjadi sebahagian daripada kelas sarjana bagi tahun 2024.

Menurut kenyataan itu, Mohamed Aqil, 20, anak kelahiran Shah Alam, Selangor, bakal mengambil jurusan Matematik dan Falsafah, manakala Zad Chin, 20, pelajar perempuan dari Ipoh, Perak, merancang mengambil jurusan Sains Komputer dan Pengajian Sosial.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

“Kedua-dua pelajar pada masa ini sedang mengikuti pengajian A-Level di Kolej Yayasan UEM di Lembah Beringin, Selangor.

“Mohamed Aqil dan Zad Chin akan memulakan pengajian peringkat sarjana mereka apabila Kolej Harvard dibuka semula bagi tahun akademik yang baharu,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, terdapat sejumlah 40,248 permohonan untuk memasuki kelas pengajian Kolej Harvard bagi tahun 2024, namun hanya 1,980 pelajar diterima masuk dengan hanya 10.8 peratus pelajar antarabangsa.

Untuk rekod, kali terakhir pelajar Malaysia diterima masuk ke Kolej Harvard adalah pada 2017.

Tags: pelajar Malaysiauniversiti harvard
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kluster Baharu Di Depot Tahanan Imigresen

Next Post

Kluster Baharu Babitkan Warga Asing

Related Posts

Taiwan Bincang Dana Ketenteraan Baharu Dengan AS

Mindef Sedia Hantar ATM Ke Timur Tengah Bantu Urus Keselamatan Pelajar Malaysia

21/04/2024
0

KOTA BHARU - Kementerian Pertahanan (MINDEF) bersedia menghantar Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke Timur Tengah untuk membantu menguruskan keselamatan para...

Hanya Fikir Mati Syahid – Pelajar Malaysia Di Sudan

Hanya Fikir Mati Syahid – Pelajar Malaysia Di Sudan

28/04/2023
0

SEPANG: “Kalau saya mati, saya hanya fikir mati syahid,” kata Abdul Rahman Mohd. Nuh, 25, pelajar Malaysia di Sudan. Ikuti...

Next Post

Kluster Baharu Babitkan Warga Asing

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd