• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

114 Ahli Parlimen Duduk Di Kerusi Kerajaan

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seramai 114 ahli Parlimen Perikatan Nasional duduk di kerusi kerajaan pada Pembukaan Penggal Ketiga Parlimen ke-14 hari ini di Bangunan Parlimen di sini hari ini.

Dengan kedudukan tersebut, Perikatan Nasional dilihat mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan Persekutuan. Jumlah kerusi yang diperlukan bagi membentuk kerajaan ialah sebanyak 113.

Parti memerintah memerlukan sekurang-kurangnya 112 daripada 222 kerusi di Dewan Rakyat untuk membentuk kerajaan.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Sementara kerusi pembangkang pula diduduki oleh seramai 107 orang ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) dan hanya seorang ahli Parlimen duduk di kerusi bebas iaitu Ahli Parlimen Selangau, Baru Bian.

Bekas Perdana Menteri ke-7, Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat duduk di kerusi pembangkang bersama dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Keadaan tersebut dilihat agak janggal apabila ahli Parlimen daripada parti yang sama, tetapi duduk di kerusi berlainan.

Dalam pada itu, Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilihat berada di sebelah Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Buat pertama kali dalam sejarah, tiada jawatan Timbalan Perdana Menteri dalam barisan Menteri Kabinet.

Di sebelah kanan Azmin pula ialah tempat duduk Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Menteri Kanan (Infrastruktur), Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Mohd Radzi Md Jidin.

Pada 1 Mac lalu, Muhyiddin mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri kelapan selepas mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Pelantikan Muhyiddin, 72, yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebagai Perdana Menteri kelapan dibuat selaras Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Ahli Parlimen Pagoh itu dilantik ke jawatan nombor satu kerajaan susulan peletakan jawatan Mahathir pada 24 Februari lalu, sehingga mencetuskan krisis politik tanah air, menyaksikan kerajaan PH hilang kuasa dan perubahan gabungan parti-parti politik.

Tags: Ahli ParlimenKerajaanperikatan nasional
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Kerajaan Patut Dipersoal Cadang Dasar 30% Ekuiti Tidak Adil Sejak Awal – Siti Kassim

Kerajaan Patut Dipersoal Cadang Dasar 30% Ekuiti Tidak Adil Sejak Awal – Siti Kassim

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Peguam dan aktivis, Siti Kassim berpandangan kerajaan sepatutnya dipersoalkan kerana mencadangkan dasar berkaitan syarat 30 peratus ekuiti...

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Gesa Kerajaan Perjelas Pengguguran Ekuiti Bumiputera

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Gesa Kerajaan Perjelas Pengguguran Ekuiti Bumiputera

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) menggesa kerajaan memberikan penjelasan rasmi dan konsisten berhubung keputusan menggugurkan syarat pemilikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd