• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Penangguhan Pembayaran Bulanan LPPSA

oleh
08/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) menjelaskan tiada penangguhan pembayaran balik ansuran bulanan perumahan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekarang.

LPPSA dalam satu kenyataan hari ini berkata, kerajaan menyediakan kemudahan pembiayaan perumahan LPPSA yang disubsidikan pada kadar faedah empat peratus iaitu lebih rendah berbanding kadar pembiayaan yang ditawarkan oleh mana-mana institusi perbankan tempatan.

Menurut kenyataan itu lagi, pembiayaan perumahan yang diberikan dengan kadar faedah empat peratus ini juga adalah jauh lebih rendah berbanding kos dana yang diperoleh LPPSA melalui terbitan sukuk iaitu pada kadar antara 4.5 peratus hingga lima peratus.

“Sebarang moratorium atau penangguhan kepada bayaran ansuran bulanan pembiayaan akan memberi kesan kepada aliran wang tunai pihak LPPSA dan melibatkan pinjaman tambahan melebihi RM2 bilion.

“LPPSA bertanggungjawab memastikan kelangsungan dan sumber kewangannya kekal utuh demi memastikan manfaat pembiayaan perumahan dapat terus disediakan kepada penjawat awam yang sedia ada dan yang akan datang,” kata kenyataan itu lagi.

Selain itu, LPPSA menjelaskan tiada penangguhan pembayaran dibuat kerana penjawat awam dan pesara kerajaan masih tetap menerima gaji penuh dan pencen bagi menampung perbelanjaan bulanan termasuk kewajipan bayaran balik pembiayaan perumahan.

“Kebajikan penjawat awam di bawah pakej rangsangan Prihatin tetap menjadi salah satu keutamaan kerajaan melalui pemberian bantuan tunai seperti pembayaran RM500 secara one-off kepada lebih 1.5 juta penjawat awam bagi gred 56 dan ke bawah termasuk kakitangan kontrak serta lebih 850,000 pesara kerajaan bermula April 2020.

“Tambahan pula, bagi penjawat awam yang tergolong dalam golongan B40 dan M40, bantuan juga disediakan melalui Bantuan Prihatin Nasional (BPN) di antara RM500 sehingga RM1,600 yang akan dibayar pada bulan April dan Mei 2020 manakala baki bayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) akan dibayar pada bulan Julai 2020,” kata kenyataan itu.

Sebarang pertanyaan lanjut, boleh dikemukakan kepada LPPSA melalui https://etiket.lppsa.gov.my.

Tags: LPPSAPenjawat Awamperintah kawalan pergerakan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

14/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menafikan imej palsu di media sosial yang mendakwa Datuk Seri Mohamad...

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan kaedaah pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) secara berperingkat bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan susulan konflik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd