• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, December 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tesco Akan Ambil 600 Pekerja Di Seluruh Negara

oleh
08/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd akan mengambil lebih 600 pekerja dalam tempoh lapan minggu akan datang bagi menampung permintaan yang mendadak terhadap perkhidmatannya susulan Covid-19 dan sempena kedatangan Ramadan dan Hari Raya.

Ketua Sumber Manusia Tesco, Alvin Low berkata, pekerja baharu itu akan ditempatkan di 60 cawangan Tesco di seluruh negara serta perkhidmatan penghantaran dalam talian, Tesco Online.

“Pandemik Covid-19 telah menyebabkan peningkatan permintaan yang mendadak bagi produk makanan dan keperluan rumah.

“Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, kami mendapati pesanan melalui Tesco Online semakin meningkat dan kami memerlukan semua bantuan yang ada untuk memberi perkhidmatan sebaik mungkin kepada pelanggan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Low berkata, dengan kemasukan pekerja-pekerja baharu, kakitangan sedia ada Tesco akan mendapat rehat yang secukupnya dan mencapai keseimbangan yang lebih baik dalam kehidupan dan pekerjaan bagi mengharungi tempoh yang sukar ini.

Beliau berkata, rakyat Malaysia berusia antara 18 hingga 60 tahun dengan kelayakan minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) layak memohon kekosongan ini di samping turut menggalakkan orang kurang upaya untuk menyertai pasukan Tesco.

Mereka yang berminat boleh menghantar e-mel kepada [email protected] atau menghubungi talian perkhidmatan pelanggan di talian 1300-13-1313 atau hadir ke mana-mana cawangan Tesco berdekatan untuk mendapatkan borang permohonan.

“Kami berharap lebih ramai akan menyertai kami kerana kami telah menyelaraskan sistem pengambilan pekerja dan temuduga juga dibuat menerusi panggilan telefon supaya calon-calon tidak melanggar arahan PKP,” katanya.

Tags: Covid-19Hari Raya AidilfitripekerjaanramadanTesco Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd