• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Singapura Warta 4 Asrama Pekerja Asing Kawasan Pengasingan

oleh
09/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) mewartakan sebuah lagi asrama pekerja asing sebagai kawasan pengasingan menjadikan jumlah keseluruhan adalah empat.

Menurut notis dalam Warta Kerajaan, MOH menyatakan bahawa asrama pekerja asing yang dikenali sebagai Sungei Tengah Lodge diisytiharkan sebagai kawasan pengasingan bagi mengelakkan berlakunya penyebaran atau kemungkinan menyebabkan penularan koronavirus (Covid-19).

Notis berkenaan dipaparkan dalam laman sesawang Warta Kerajaan pada 8 April, jam 11.45 malam.

Terdapat dua blok di Sungai Tengah Lodge iaitu 506 dan 513 yang diletakkan di bawah pengasingan.

Sungei Tengah Lodge adalah asrama pekerja terbesar di Singapura dengan 10 blok kediaman 13 tingkat, yang boleh menempatkan 25,000 pekerja.

Sehingga 12 tengah hari semalam, tambahan 11 lagi kes berkaitan kluster Sungei Tengah Lodge dilaporkan, menjadikan keseluruhan 29 kes.

Tiga lagi kawasan pengasingan adalah S11 Dormitory @ Punggol, Westlite Toh Guan Dormitory dan Toh Guan Dormitory dengan jumlah kes positif 179.

Selain empat kawasan pengasingan berkenaan terdapat lima lagi asrama pekerja yang telah dikenal pasti sebagai kluster.

Singapura mempunyai keseluruhan 43 asrama pekerja yang mampu menempatkan kira-kira 200,000 pekerja asing.

Sementara itu, mengenai tiga kawasan pengasingan, Kementerian Tenaga Manusia republik itu berkata, keadaan di kawasan itu terus bertambah baik dengan Pasukan Petugas Antara Agensi yang memperkemaskan rutin waktu makan dan meningkatkan tahap kebersihan.

Tags: AsramaCovid-19pekerja asingSingapura
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

“Sudah Sampai Masa Pemprosesan Pekerja Asing Ditambah Dan Dipermudahkan” – DAP

“Sudah Sampai Masa Pemprosesan Pekerja Asing Ditambah Dan Dipermudahkan” – DAP

24/07/2026
0

KUALA LUMPUR – DAP mengemukakan syor kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menambah dan mempermudahkan pemprosesan pekerja asing...

PRN Johor: DAP Sediakan Bas Bawa Pulang Pengundi Dari Singapura, Kuala Lumpur

PRN Johor: DAP Sediakan Bas Bawa Pulang Pengundi Dari Singapura, Kuala Lumpur

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – DAP menyediakan perkhidmatan bas percuma untuk pengundi yang berada di Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Singapura pulang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd