• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sebar Berita Palsu, Fuziah Salleh Akan Dituduh Esok

oleh
28/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AHLI Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh akan dituduh di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, Johor esok berhubung penyebaran berita palsu menerusi hantaran di laman Facebook (FB) miliknya.

Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman mendapat kebenaran untuk menuduh Fuziah jam 8.30 pagi.

Sebelum ini polis sudah merakam keterangan beliau berhubung rakaman video orang ramai menyerbu Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin Sultan Iskandar (CIQ) di Johor Bahru yang dimuat naik menerusi akaun FB miliknya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed dilaporkan berkata, pihaknya turut merampas gajet yang digunakan untuk memuat naik video dan kenyataan berkenaan.

Anda peniaga? Mencari platform pengiklanan Online? Mula dengan kami ..Website Mynewshub, FB (2.96 juta followers), Instagram dan Twitter. Hubungi kami http://www.wasap.my/60176070516

“Pada 10 April lalu, polis menjalankan siasatan berhubung satu kenyataan dan video yang dimuat naik Fuziah di FB.

“Pengarah Jabatan Imigresen Johor sudah menafikan perkara berkenaan sebelum memuat laporan polis berhubung perkara berkenaan,” katanya.

Siasatan diklasifikasi mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan iaitu fitnah dan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan iaitu kenyataan yang mendatangkan khianat awam.

Selain itu, kes turut disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Setakat 25 April lalu, sebanyak 238 kertas siasatan berkaitan berita palsu Covid-19 dibuka Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Daripada jumlah itu, 170 masih dalam siasatan, 24 kes didakwa di mahkamah, 11 diberikan notis amaran dan 13 mengaku bersalah. – myMetro Online

Tags: berita palsufacebookFuziah Salleh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Waspada Akaun Palsu Tokmat Hasan

Waspada Akaun Palsu Tokmat Hasan

29/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan memaklumkan kewujudan akaun palsu menggunakan nama Tokmat Hasan. Beliau yang juga...

Akaun Facebook ‘Dr Maza Channel’ Kena Sekat?

Akaun Facebook ‘Dr Maza Channel’ Kena Sekat?

28/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Akaun Facebook Dr Maza Channel yang dikaitkan dengan Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd