• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sarawak Rayu Individu Terlibat Kluster Covid-19 Jalani Saringan

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah merayu semua rakyat negeri ini yang mempunyai kaitan dengan kluster-kluster Covid-19 supaya segera tampil dan membuat saringan.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) meminta sesiapa sahaja yang terlibat dengan beberapa kluster di Sarawak seperti perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling, perjumpaan di Gereja Emmanuel Baptist serta Kampung Patingan agar memberi kerjasama dan tidak mementingkan diri.

“Kita sudah maklum kepada rakyat agar semua yang menghadiri majlis-majlis berkenaan untuk tampil membuat pemeriksaan kerana ini adalah untuk kebaikan mereka dan masyarakat.

“Mereka tidak akan ditangkap sebaliknya hanya perlu menjalani ujian ini kerana mereka juga mempunyai keluarga dan kita tidak mahu virus ini disebarkan pula kepada ahli keluarga yang lain,” katanya pada sidang media harian Covid-19 di Wisma Bapa Malaysia.

Abdul Karim mendedahkan beliau sendiri sudah dua kali menjalani ujian saringan Covid-19 susulan jadual kerjanya yang memerlukan beliau bertemu ramai orang serta terlibat dengan banyak mesyuarat.

Saringan ujian Covid-19 juga, katanya, hanya memerlukan masa 24 jam untuk mendapat keputusan dan tidak lagi perlu menunggu masa yang lama.

“Sebelum ini keputusan ujian hanya akan diterima selepas tiga hari kerana perlu dihantar ke Kuala Lumpur, namun ketika ini kita sudah ada kemudahan itu di Hospital Umum Sarawak dan makmal Universiti Malaysia Sarawak,” katanya.

Tags: Covid-19klustersarawakujian saringan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Agong, Raja Permaisuri Agong Zahir Ucapan Takziah Kepada Keluarga Mangsa Helikopter Terhempas

Agong, Raja Permaisuri Agong Zahir Ucapan Takziah Kepada Keluarga Mangsa Helikopter Terhempas

09/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga...

Asap Jerebu Sarawak Datang Dari Mana?

Asap Jerebu Sarawak Datang Dari Mana?

23/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan dari mana datangnya asap tebal yang menyebabkan sebahagian besar Sarawak diselubungi jerebu sejak beberapa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd