Sunday, December 8, 2024

Creating liberating content

Fitnah Kempen Di masjid:...

Kuala Lumpur : Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil telah menghantar notis tuntutan...

Lelaki Bawa Pemetik Api...

MIRI – Polis menahan seorang lelaki berusia 23 tahun dari Limbang kerana memiliki...

PM Ucap Tahniah Sempena...

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah ucapan tahniah sempena ulang tahun...

Bikers Unite For Charity,...

KUALA LUMPUR - Buat pertama kalinya dalam sejarah pemotoran Malaysia, gabungan seluruh kelab...

Ronaldinho Bebas Dari Penjara, Jalani Tahanan Rumah

ASUNCION – Hakim, Gustavo Amarilla memerintahkan legenda bola sepak Brazil, Ronaldinho serta abangnya dibebaskan dan diletakkan di bawah tahanan rumah di sebuah hotel di pusat bandar Asuncion, awal pagi tadi.

Mereka dipenjara sejak sebulan yang lalu bagi menunggu hari perbicaraan selepas didakwa memasuki Paraguay dengan pasport palsu.

Kedua-duanya turut diikat jamin oleh peguam sebanyak AS$1.6 juta (RM6.94).

“Saya mendapat jaminan daripada pengurus hotel yang mereka dengan perbelanjaan mereka sendiri mampu untuk memantau tahanan rumah di sana,” kata Amarilla kepada pemberita.

Bulan lalu, Mahkamah Rayuan Paraguay menolak permohonan untuk membebaskan Ronaldionho dan abangnya yang dipenjara bersama bekas presiden persekutuan bola sepak Paraguay dan bekas ahli parlimen negara berkenaan.


Pemain terbaik dunia dua kali itu dan abangnya, Assis Moreira pada awalnya tidak berdepan masalah sebaik tiba di Asuncion pada 4 Mac lalu.

Bagaimanapun, beberapa jam selepas itu kedua-duanya berada dalam tahnanan polis selepas hotel mereka diserbu dan mendapati mereka memiliki pasport palsu.

Ronaldinho dilabel sebagai salah seorang pemain bola sepak terhebat sepanjang zaman dan membantu Brazil menjulang trofi Piala Dunia pada 2002 selain beraksi bersama beberapa kelab gergasi Eropah seperti Barcelona, Paris Saint-Germain dan AC Milan. – Agensi

Kategori