• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Remaja Hantar Pulang Mayat Kekasih Direman 4 Hari

oleh
13/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Pelajar Tingkatan Lima yang menghantar dan meletakkan mayat kekasihnya di garaj rumah keluarga perempuan itu di Felda Keratong 10, Rompin semalam direman selama empat hari bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintenden Azari Miskon berkata, remaja berusia 17 tahun itu direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian.

Selain itu, suspek yang beralamat di Felda Keratong 5 juga disiasat mengikut Peraturan-peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan.

“Bedah siasat di Hospital Muadzam Shah ke atas mayat mangsa berusia 17 tahun itu juga mengesahkan punca kematian adalah disebabkan cedera parah di kepala akibat kemalangan jalan raya.

“Mangsa dipercayai meninggal dunia semasa dalam perjalanan dari lokasi kejadian ke garaj tempat mayatnya ditinggalkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Semalam media melaporkan penemuan mayat seorang remaja perempuan di garaj kenderaan yang dipercayai ditinggalkan oleh teman lelakinya selepas mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya kira-kira 15 kilometer dari rumah mangsa.

Kemalangan berhampiran kilang sawit Felda Keratong 3 sekitar jam 3.30 pagi itu dipercayai berlaku selepas motosikal ditunggangi mereka untuk bersiar-siar terlanggar kerbau yang berada di tengah jalan.

Tags: Felda Keratongkemalangan mautmayat remajapelajar sekolah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar, Wan Azizah Ucap Takziah, Dukacita Insiden Pelajar Sekolah Maut

PM Anwar, Wan Azizah Ucap Takziah, Dukacita Insiden Pelajar Sekolah Maut

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail melahirkan rasa...

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

03/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelawak dan pengacara terkenal, Harith Iskander menggesa masyarakat supaya tidak mempolitikkan tragedi kemalangan maut di Simpang Renggam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd