• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ramai Penuntut Di Turki Mahu Pulang Ke Malaysia

oleh
01/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lebih 350 daripada 500 pelajar Malaysia di Turki menyuarakan hasrat mahu pulang ke Malaysia, berikutan penularan wabak Covid-19 di negara itu, menurut kaji selidik Persatuan Pelajar Malaysia di Turki (Masat).

Presiden Masat, Nur Izzah Fakharuldin berkata susulan itu satu kertas kerja dikemukakan kepada pihak kedutaan untuk menyediakan penerbangan pesawat sewa khas, dibiayai sendiri penuntut.

“Kami harap pelajar dan ibu bapa bertenang dan sabar. Kami sentiasa berhubung dengan pihak kedutaan dan rakan yang lain di sini serta maklumkan sebarang perkembangan kepada mereka,” katanya ketika dihubungi Bernama semalam.

Namun menurut Nur Izzah, usaha itu berdepan kesukaran selepas Turki pada Jumaat lalu menggantung semua penerbangan antarabangsa.

Selain itu, individu yang ingin keluar dari bandar perlu mendapatkan kebenaran gabenor negeri masing-masing.

“Pelajar Malaysia bukan hanya di Istanbul tetapi di seluruh Turki. Jadi kami perlu perhalusi banyak perkara untuk memastikan usaha ini berjaya selain mendapat kerjasama serta kebenaran kerajaan Turki,” ujarnya.

Beliau berkata meskipun dimaklumkan oleh pihak kedutaan masih terdapat penerbangan Qatar Airways untuk laluan Istanbul-Kuala Lumpur, MASAT berpendapat laluan itu memerlukan transit di negara ketiga mungkin terdedah kepada risiko jangkitan.

Penuntut program sarjana di Istanbul Aydin University itu juga menyeru semua pihak tidak berkongsi sebarang berita tidak sahih mengenai keadaan pelajar di media sosial yang boleh mencetuskan panik.

Kebanyakan pelajar Malaysia ditaja kerajaan Turki atau perbelanjaan sendiri.

Sementara itu, Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Malaysia di Turki Arhan Syafrisyah Shah Anuar berkata, urusan membawa pulang pelajar terutamanya dalam situasi sekarang amat rumit dan memerlukan kerjasama banyak pihak.

“Kerajaan faham perasan ibu bapa. Kita berada dalam situasi luar jangka. Kalau sebelum ini kita hanya perlu bawa keluar dari point A ke point B. Sekarang, banyak benda perlu diambil kira pihak kerajaan.

“Jika pelajar pulang, mereka perlu dikuarantin selama 14 hari, tidak boleh balik terus ke rumah,” katanya dalam satu sesi wawancara bersama Masat di laman Facebook semalam.

Kerajaan pada Selasa mengumumkan semua rakyat Malaysia yang kembali dari luar negara perlu menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari di tempat khas yang ditetapkan berkuat kuasa 3 April.

Arhan Syafrisyah berkata buat masa ini, kedutaan menasihatkan pelajar terus berada di Turki dan mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan selain mengehadkan perjalanan ke tempat awam.

Setakat ini, tiada pelajar Malaysia di Turki dilaporkan dijangkiti Covid-19.

Beliau juga menggesa rakyat Malaysia yang belum mendaftar dengan pihak kedutaan supaya berbuat demikian bagi memudahkan usaha repatriasi, jika perlu.

Menurut data Johns Hopkins University, terdapat lebih 10,000 kes Covid-19 di Turki selain 168 kematian direkodkan setakat ini. 

Tags: Covid-19penuntut malaysiaTurki
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Suspek Bunuh, Rogol Ibu Tunggal Direman Seminggu

Next Post

Industri Bekalan Makanan, Perubatan Dibenar Terus Beroperasi

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

Next Post

Industri Bekalan Makanan, Perubatan Dibenar Terus Beroperasi

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd