• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Boleh Guna Budi Bicara Benar Perjalanan Lebih 10km

oleh
03/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis diberi kebenaran menggunakan kuasa budi bicara terhadap larangan yang mengehadkan perjalanan dalam lingkungan 10 kilometer (km) ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengakui had jarak pergerakan seperti diwartakan pihak Peguam Negara itu tidak boleh terlalu khusus, sebaliknya perlu merangkumi kepentingan semua individu.

Sehubungan itu, beliau berkata, kerajaan memberi kebenaran kepada polis untuk menggunakan budi bicara terhadap masyarakat, bersandarkan beberapa kepentingan tertentu.

“Contohnya, jika hendak membeli produk makanan tetapi ia tiada dalam lingkungan 10km, polis boleh menggunakan budi bicara untuk mereka keluar dari jarak dihadkan itu.

“Namun, ia mesti pada jarak yang terhampir, contohnya 11km. Kita masih tidak membenarkan pergerakan antara negeri, namun ia tertakluk kepada pengecualian tertentu seperti negeri bersempadanan.

“Gemas dan Segamat contohnya, kalau seseorang memerlukan makanan serta keperluan asas tetapi perlu bergerak merentasi negeri seperti ini, maka kita benarkan menerusi kuasa budi bicara.

“Begitu juga kepada mereka yang berhasrat ke hospital bagi mendapatkan rawatan tetapi ia berada dalam lingkungan melebihi 10km, kini boleh berbuat demikian.

“Kesihatan adalah perkara utama, justeru kita benarkan,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri Mengenai PKP, di Putrajaya, hari ini. – BH Online

Tags: perintah kawalan pergerakanpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon kepada anggota tentera, polis dan seluruh warga pasukan keselamatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd