Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

Kit Ujian COVID-19 Tidak...

GEORGETOWN : Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) bimbang dengan kit ujian COVID-19 yang...

Polis Rampas Syabu 182...

SANDAKAN - Polis merampas syabu seberat 182 gram selepas menahan seorang lelaki warga...

Apa Sudah Jadi Dengan...

KUALA LANGAT - Apa sudah jadi dengan titah Sultan Selangor, Sultan Salahuddin Idris...

KLIA Kritikal Masih Kurang...

PAGI Jumaat sehari sebelum cuti penggal pertama persekolahan, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur...

PKPD Selangor Mansion Rekod 39 Kes Baharu Covid-19

PUTRAJAYA – Kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Selangor Mansion, Kuala Lumpur merekodkan pertambahan kes positif tertinggi hari ini iaitu sebanyak 39 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadikan kumulatif kes positif di kawasan itu meningkat kepada 146.

“Turut mencatatkan pertambahan kes positif baharu hari ini adalah di Sungai Lui, Selangor iaitu 15 kes, diikuti Pusat Bandar Utara dan Sekitar Pasar Borong Selayang iaitu lapan kes.

Anda peniaga? Mencari platform pengiklanan Online? Mula dengan kami ..Website Mynewshub, FB (2.96 juta followers), Instagram dan Twitter. Hubungi kami http://www.wasap.my/60176070516

“Lain-lain kawasan PKPD tidak merekodkan sebarang kes positif baharu,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, sebanyak lapan negeri hari ini merekodkan sifar kes baharu Covid-19.


Katanya, lapan negeri berkenaan ialah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Terengganu, Kelantan, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan.

“Negeri yang mencatatkan kes Covid-19 tertinggi pula ialah Selangor iaitu 1,387 kes dengan pertambahan 18 kes baharu hari ini di mana dua daripadanya adalah kes import,” katanya.

Kategori