• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PKPD Di Bangunan Malayan Mansion, Selangor Mansion

oleh
07/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan melaksanakan arahan keempat Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Bangunan Selangor Mansion dan Bangunan Malayan Mansion di Jalan Masjid India di sini, berkuat kuasa hari ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kerajaan atas nasihat Menteri Kesihatan melaksanakan PKPD di bangunan itu berikutan 15 kes positif jangkitan COVID-19 membabitkan 365 unit kediaman dan premis perniagaan.

“PKPD di dua bangunan ini membabitkan 5,000 hingga 6,000 penghuni berkuat kuasa berkuat kuasa hari ini, sehingga proses pengesanan kes dari unit ke unit selesai.

“Saringan kesihatan wajib ke atas setiap penghuni yang menetap di sini dan mereka mesti berada di dalam unit rumah masing-masing sepanjang tempoh itu,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Berkenaan Pelaksanaan PKP di Putrajaya, hari ini.

Sebelum ini, kerajaan mengeluarkan PKPD di tiga kawasan iaitu tiga kampung di Simpang Renggam, Kluang, Johor; Batu 21 hingga Batu 24 Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor dan Menara Plaza City One di Jalan Munshi Abdullah, di sini.

Ismail Sabri berkata, bukan penghuni dan pelawat tidak dibenarkan masuk ke kawasan berkenaan sepanjang tempoh perintah dan semua aktiviti perniagaan dihentikan kecuali premis menjual barangan keperluan.

“Orang ramai yang mempunyai saudara mara atau rakan di situ tidak boleh mengunjungi kawasan berkenaan.

“Seperti biasa, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), RELA dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) akan mengawal kawasan berkenaan,” katanya.

“Penghuni boleh membuat pesanan makanan yang boleh dihantar dan diambil di tempat yang ditetapkan, manakala Pangkalan Perubatan dibuka di kawasan itu selain laluan keluar masuk kawasan PKPD ditutup,” katanya. – BH Online

Tags: Covid-19Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd