• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perkhidmatan Penting Ditambah Kepada 15 Perkhidmatan

oleh
15/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa tiga yang berkuat kuasa hari ini, menyaksikan senarai perkhidmatan penting ditambah kepada 15 perkhidmatan daripada 10 semasa fasa dua.

Perkara itu dinyatakan dalam warta kerajaan persekutuan terbaru di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No. 3) 2020 yang disiarkan di  laman web Jabatan Peguam Negara semalam.

Warta itu yang ditandatangani Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, menyatakan peraturan-peraturan itu berkuat kuasa mulai 15 April sehingga 28 April.

Lima perkhidmatan tambahan itu adalah:

1. Mana-mana perkhidmatan, kerja atau industri yang ditentukan oleh Menteri selepas rundingan dengan pihak berkuasa yang mengawal selia perkhidmatan, kerja atau industri adalah dibenarkan untuk beroperasi di bawah perkhidmatan-perkhidmatan penting.

2. Pengangkutan melalui darat, air dan udara.

3. Perkhidmatan dan pengusahaan pelabuhan, limbungan dan lapangan terbang, termasuk  pemunggahan, pengangkutan laiter, pengendalian kargo, dan pemaliman dan penyimpanan dan pemukalan komoditi.

4. Pengeluaran, penyulingan, penyimpanan, pembekalan dan pengagihan bahan api dan pelincir.

5. Hotel dan penginapan.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Pada PKP fasa satu mulai 18-31 Mac, kerajaan menyenaraikan  22 perkhidmatan penting, tetapi kemudian dikurangkan kepada hanya 10 perkhidmatan pada fasa dua mulai 1 hingga 14 April berikutan kerajaan mengumumkan PKP lebih ketat untuk mengekang penularan COVID-19.

Sebanyak 10 perkhidmatan penting yang disenaraikan sebelum ini adalah makanan, penjagaan kesihatan dan  perubatan termasuk suplemen diet; air; tenaga; keselamatan dan pertahanan; sisa pepejal dan pengurusan pembersihan awam dan pembetungan; komunikasi dan internet; perbankan dan kewangan; e-dagang; dan logistik yang terhad kepada ketetapan perkhidmatan-perkhidmatan penting.

Di bawah Peraturan itu, perkhidmatan penting bermaksud perkhidmatan yang ditetapkan secara spesifik dalam Jadual dan termasuk mana-mana aktiviti dan proses dalam rantaian bekalan perkhidmatan-perkhidmatan penting tersebut manakala kawasan tempatan jangkitan bermaksud  mana-mana kawasan yang telah diisytiharkan sebagai kawasan tempatan jangkitan di bawah Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengisytiharan Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020. 

Menurut warta itu, sekatan pergerakan dalam radius 10km bagi keperluan harian seperti untuk membeli makanan, perubatan dan suplemen diet masih dikekalkan.

Mana-mana orang yang ingkar peraturan pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya.

Tags: Covid-19perintah kawalan pergerakanperkhidmatan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Umum Buka Sesi Persekolahan Dibuat Dua Minggu Awal

Next Post

SPM, SVM, STAM Ditunda Pada Suku Pertama 2021

Related Posts

Hampir 1,000 Anak Yatim, Piatu Akibat COVID-19 Dibantu Yayasan Keluarga Malaysia

Hampir 1,000 Anak Yatim, Piatu Akibat COVID-19 Dibantu Yayasan Keluarga Malaysia

08/01/2025
0

PASIR MAS: Hampir 1,000 anak yatim dan yatim piatu yang kematian ibu atau bapa atau kedua-duanya disebabkan pandemik COVID-19, selain...

Mpox Merebak Melalui Kontak Rapat Berpanjangan, Tidak Mudah Menular Seperti COVID-19 – Pakar

Mpox Merebak Melalui Kontak Rapat Berpanjangan, Tidak Mudah Menular Seperti COVID-19 – Pakar

01/09/2024
0

KOTA BHARU: Kanak-kanak, individu berimuniti rendah, penghidap ekzema dan wanita mengandung mudah mendapat jangkitan Mpox atau cacar monyet yang teruk...

Next Post

SPM, SVM, STAM Ditunda Pada Suku Pertama 2021

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd