• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perintah PKP Wajib Dipatuhi – JPA

oleh
16/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) hari ini memaklumkan bahawa pematuhan terhadap segala perintah sah yang dikeluarkan oleh pegawai yang diberi kuasa di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) perlu diberi perhatian serius.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman berkata ketidakpatuhan terhadap apa-apa perintah sah yang dikeluarkan oleh mana-mana pegawai yang diberi kuasa di bawah Akta 342 adalah merupakan suatu kesalahan dan boleh dikenakan hukuman di bawah akta yang sama.

“Dalam hal ini, ketua jabatan/penyelia tidak boleh mengarahkan pegawai yang menerima apa-apa perintah yang sah yang dilkeluarkan oleh mana-mana pegawai diberi kuasa di bawah Akta 342 untuk hadir bekerja kerana dikhuatiri boleh membahayakan tahap kesihatan/menularkan wabak Covid-19 kepada orang lain.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

“Tindakan tegas termasuk tatatertib boleh dikenakan terhadap mana-mana pegawai termasuk ketua jabatan atau penyelia yang mengarahkan pegawai yang terlibat untuk hadir bekerja boleh diambil di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993,” katanya dalam satu surat yang diedarkan hari ini.

Beliau berkata tujuan kebenaran Bekerja Dari Rumah (BDR) sebelum ini adalah untuk memastikan penjarakan sosial dapat dipatuhi sepenuhnya.

Selain itu, ketua jabatan hendaklah meminimumkan bilangan kehadiran pegawai di pejabat dan menggunakan sepenuhnya teknologi untuk bermesyuarat atau berkomunikasi bagi membincangkan sesuatu perkara.

Menurutnya lagi, bagi membendung penularan COVID-19 dari terus merebak, kehadiran pegawai di pejabat hanyalah dibenarkan sekiranya terdapat keperluan yang kritikal dan perlu dilaksanakan secara penggiliran bekerja.

Tags: Covid-19koronavirusperintah kawalan pergerakan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd