• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penduduk Sekitar Sungai Lui Lega PKPD Tamat

oleh
14/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENDUDUK sekitar Kampung Sungai Lui, Hulu Langat bersyukur apabila Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) tamat malam tadi.

Ia memberi ruang kepada mereka untuk keluar mendapatkan bekalan keperluan asas selepas diarahkan berada di rumah sejak 30 Mac lalu.

Seorang penduduk, Sunardi Jamil berkata, pengumuman penamatan perintah itu begitu melegakan kerana mereka dapat melakukan banyak perkara lain termasuk yan bekerja sendiri.

“Alhamdulillah, lega rasanya. Sekurang-kurangnya kami dapat bergerak. Cuma kami masih dalam PKP, tetapi bolehlah keluar untuk mendapatkan keperluan asas.

“Ketika PKPD, kami hanya menunggu bantuan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan agensi kerajaan lain, jadi dengan penamatan ini, kami bolehlah beli keperluan sendiri,” katanya kepada Harian Metro.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Sementara itu, aktivis masyarakat di situ, Nazri Daud berkata, sekatan laluan yang ditutup sejak PKPD tempohari sudah dibuka jam 2.30 petang tadi.

Katanya, walaupun perntah berkenaan sudah tamat, namun penduduk masih lagi mengambil langkah selamat dengan tinggal di dalam rumah masing-masing.

Menurutnya, tidak ramai yang keluar dari kediaman mereka, sebaliknyaberada di rumah seperti sebelum ini.

“Apapun, kami lega kerana PKPD tamat. Kedudukan sekolah tahfiz dan Kampung Paya Lebar yang masih dalam perintah juga agak jauh daripada penempatan penduduk.

“Kami harap, kawasan itu juga akan bebas daripada sebarang jangkitan dan penduduk di situ dapat meneruskan hidup seperti biasa,” katanya. – myMetro Online

Tags: Covid-19hulu langatperintah kawalan pergerakansungai lui
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd