• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penangguhan Bayaran Pinjaman LPPSA Dibawa Ke Kabinet

oleh
05/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Cadangan penangguhan sementara bayaran balik pinjaman perumahan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet, minggu depan.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, banyak cadangan yang dikemukakan dan perbincangan akan dibuat bagi perkara yang boleh membantu rakyat menghadapi krisis wabak Covid-19 ini.

“Semua cadangan akan dipertimbangkan oleh Kementerian Kewangan dan kementerian lain mengenai perkara berkaitan. Jadi tunggu pengumuman jika ada,” katanya pada sidang akhbar di Kementerian Kewangan di sini.

Gesaan mengenai penangguhan bayaran itu sebelum ini dibuat Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) dan Pemuda UMNO kerana disifatkan wajar supaya selari dengan penangguhan bayaran balik pinjaman atau moratorium selama enam bulan oleh institusi-institusi perbankan.

Cadangan berkenaan juga dikatakan mampu mengurangkan beban 1.7 juta penjawat awam yang menanggung peningkatan kos domestik dalam tempoh Perintah kawalan Pergerakan (PKP).

Terdahulu, Tengku Zafrul menerima sumbangan topeng muka dan ventilator daripada China Construction Bank Malaysia (CCBM) dan Beibu Gulf Holding di Kementerian Kewangan.

Turut hadir, Duta China ke Malaysia, Bai Tian; Ketua Pegawai Eksekutif CCBM, Felix Feng Qi dan Ketua Operasi dan Strategik Kewangan CCBM, Steven Wong Weng Leong. – Sinar Harian

Tags: Covid-19kementerian kewanganLPPSAPenjawat Awam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Had Bulanan Budi95 Cuma 150 Liter Akibat Masalah Teknikal – MOF

Had Bulanan Budi95 Cuma 150 Liter Akibat Masalah Teknikal – MOF

01/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan paparan had bulanan Budi Madani RON95 (BUDI95) cuma 150 liter disebabkan masalah teknikal....

Penjelasan Kementerian Kewangan Mengapa Bekalan Minyak Belum Pulih

Penjelasan Kementerian Kewangan Mengapa Bekalan Minyak Belum Pulih

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Laman media sosial Kementerian Kewangan (MoF) menerusi satu hantaran hari ini menerangkan mengapa bekalan minyak masih belum...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd