• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelantikan Hadi Perkukuh Hubungan Diplomatik – Tuan Ibrahim

oleh
05/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pelantikan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah bertaraf menteri dilihat membuka peluang untuk memperkukuh hubungan diplomatik antara Malaysia dan negara-negara di rantau berkenaan.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata pelantikan itu juga berdasarkan latar belakang Abdul Hadi, yang juga Ahli Parlimen Marang, khususnya dalam bidang syariah dan sains politik.

“Saya fikir ini antara jalan awal untuk mendapatkan laluan kepada perbincangan di peringkat kerajaan bagi meningkatkan pelaburan dan menarik pelabur dari Timur Tengah ke negara kita. Misalnya, jika kita ada masalah melibatkan jualan sawit dan sebagainya, kita cuba untuk mencari pasaran kita di negara berkenaan.

“Tuan Guru (Abdul Hadi) juga mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin negara itu…bukan baharu, tetapi sudah berpuluh tahun, jadi kerajaan berpendapat beliau orang yang tepat dan mampu menyambung hubungan diplomatik berkenaan,” katanya ketika menjadi tetamu program Ruang Bicara terbitan Bernama TV.

Menegaskan ia bukan lantikan politik, Tuan Ibrahim yang juga Menteri Alam Sekitar berkata pelantikan Abdul Hadi itu juga dibuat bersandarkan kepada ketokohan dan kepimpinan yang ada pada beliau.

Abdul Hadi memiliki Ijazah Sarjana Muda Syariah dari Universiti Islam Madinah dan Ijazah Sarjana dalam bidang Sains Politik dari Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir.

Beliau juga pernah tersenarai antara 500 Muslim berpengaruh di dunia bagi kategori Pendakwah dan Pembimbing Rohani oleh ‘The Royal Islamic Strategic Studies’ yang berpusat di Jordan pada 2016.

Semalam, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi satu kenyataan, bersetuju melantik Abdul Hadi yang juga bekas Menteri Besar Terengganu dari 1999 hingga 2004, ke jawatan itu. 

Tags: Abdul Hadi Awangduta khas perdana menteriTimur Tengah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kesan Konflik Asia Barat Sudah Terasa, Rakyat Diminta Tidak Panik

Kesan Konflik Asia Barat Sudah Terasa, Rakyat Diminta Tidak Panik

24/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Penasihat Kanan Politik kepada Perdana Menteri, Tengku Zafrul Abdul Aziz menegaskan bahawa kesan konflik di Asia Barat...

Keadaan Tidak Menentu, Peningkatan Kos Boleh Pengaruhi Harga Makanan – Mat Sabu

Keadaan Tidak Menentu, Peningkatan Kos Boleh Pengaruhi Harga Makanan – Mat Sabu

24/03/2026
0

KUALA LUMPUR - "Landskap global ketika ini masih tidak menentu," kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd