• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pasukan Perubatan China Tiba 2 Minggu Lagi

oleh
10/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bakal menerima bantuan perkongsian pengalaman menangani Covid-19 daripada pasukan perubatan China.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pasukan perubatan republik berkenaan akan tiba di negara ini dua minggu lagi.

Beliau berkata, mereka hanya berkongsi pengalaman bagi membantu menambahbaik perkhidmatan KKM khususnya berkaitan Covid-19.

“KKM akan mengambil peluang berkenaan untuk bekerjasama dengan China dalam bidang penyelidikan.

“Kita alu-alukan kedatangan mereka dan KKM juga boleh mempelajari sesetengah inisiatif yang dilakukan China.

“Seperti kita tahu, China berupaya membina sebuah hospital baharu dalam masa 10 hari. Namun pada sama Malaysia juga dapat menyediakan hospital sementara bagi menempatkan pesakit Covid-19 dalam masa tiga hari,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Pada 28 Mac lalu, Duta China ke Malaysia, Bai Tian menyatakan kesediaan China untuk menghantar pakar perubatan ke negara ini dalam usaha membanteras penularan Covid-19.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, KKM sudah menerima lagi kit ujian pantas yang canggih daripada Korea Selatan.

“Kita akan membuat ujian pengesanan dalam masa terdekat bagi melihat keberkesanan dan ketepatannya.

“Kita tidak mahu ulangi kesilapan Sepanyol dan United Kingdom yang tidak menunjukkan ketepatan sebenar.

“Pihak KKM tidak mahu berlakunya keputusan ‘false positive’ atau ‘false negative’ yang boleh menyebabkan keadaan lebih buruk,” katanya. – myMetro Online

Tags: ChinaCovid-19KKMPerubatan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

07/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membidas 'orang-orang politik' yang mendakwa konon seruan beliau kepada Kementerian...

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

06/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Hasrunizah Hassan kurang bersetuju dengan kenyataan Dr. Rafidah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd