• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Muhyiddin Terima RM4.6 Juta Untuk Tabung COVID-19

oleh
03/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menerima sumbangan wang tunai berjumlah RM4.6  juta untuk Tabung COVID-19 daripada empat syarikat, menjadikan jumlah terkumpul wang tunai tabung itu sebanyak RM19.52 juta setakat ini. 

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua), Datuk  Zainal Abidin Ahmad mewakili Perodua menyampaikan sumbangan wang tunai berjumlah RM2 juta kepada perdana menteri. 

Sapura Holdings Sdn Bhd yang diwakili Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya,  Tan Sri Shahril Shamsuddin juga menyampaikan sumbangan RM1 juta.

Syarikat 99 Speedmart Sdn Bhd pula menyumbang sebanyak RM1 juta dan sumbangan syarikat itu disampaikan kepada Muhyiddin oleh Pengarah Eksekutifnya Ng Lee Tieng. 

Kwong Wah Yit Poh Press Berhad yang diwakili Penolong Ketua Editornya Jimmy Ng pula menyumbang sebanyak RM600,000. 

Pada majlis sama Muhyiddin turut menerima sumbangan Kumpulan RHB Bank Berhad sebanyak RM1 juta yang disampaikan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan itu Datuk Khairussaleh Ramli.

Sumbangan wang tunai RHB dikreditkan dalam Tabung Kementerian Kesihatan Malaysia.

Selain wang tunai, perdana menteri turut menerima sumbangan dalam bentuk peralatan kesihatan iaitu 20  unit ventilator bernilai RM3.9 juta daripada Mah Sing Group Berhad. 

Sumbangan Mah Sing Group disampaikan oleh Pengarah Urusan Kumpulan Tan Sri Leong Hoy Kum.

Replika cek sumbangan wang tunai dan ventilator disampaikan kepada perdana menteri di bangunan Perdana Putra di sini hari ini. 

Sumbangan yang diterima dari keenam-enam syarikat pada hari ini ialah sebagai tanda sokongan kepada kerajaan dalam menangani wabak COVID-19. 

Tags: Muhyiddin YassinPerdana MenteriTabung COVID-19
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Yang di-Pertuan Besar Titah Aminuddin Teruskan Tugas Menteri Besar – PM Anwar

Yang di-Pertuan Besar Titah Aminuddin Teruskan Tugas Menteri Besar – PM Anwar

28/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bertitah Datuk Seri Aminuddin Harun terus menjalankan tugas...

‘Ini Bukan Masa Untuk Berebut Kuasa Dan Menikam’ – PM Anwar

‘Ini Bukan Masa Untuk Berebut Kuasa Dan Menikam’ – PM Anwar

28/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kemelut politik di Negeri Sembilan memerlukan ruang untuk semua pihak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd