• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Masa Depan Pembelian Rumah Di Malaysia Pasca COVID-19

oleh
26/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PERINTAH kawalan pergerakan (PKP) adalah sesuatu yang tidak pernah berlaku di dalam negara malah di dunia sekurang-kurangnya di abad ini. Pada jangkaan saya, tempoh PKP ini mungkin akan dilanjutkan sekiranya jumlah mangsa semakin bertambah di dalam negara.

Kesan COVID-19 terhadap urusniaga amatlah besar, meskipun pelbagai insentif telah diberikan oleh kerajaan terhadap industri kecil dan sederhana (IKS), ia dijangka tidak dapat membantu perniagaan IKS menerima tempias pandemik COVID-19 ini. 

Kebanyakan IKS tidak mempunyai simpanan yang besar bagi menjalankan urusniaga selama ini. Pandemik COVID-19 hanya menambah parah kepada kedudukan kewangan peniaga-peniaga IKS. 

Bagi bidang hartanah, sewa kedai dan lot akan menjadi lebih tinggi ekoran ketiadaan pendapatan selama tempoh PKP, kos buruh akan meningkat, keupayaan kuasa membeli akan berkurangan, kredit dari sektor perbankan akan dikurangkan dan corak pembelian dari pembeli akan berubah.

Risiko-risiko ini akan memberi impak negatif serta positif terhadap industri hartanah di Malaysia. Ada kemungkinan, pelabur akan melabur terhadap hartanah ekoran ketidak tentuan fiskal ekonomi kesan dari kerisauan menyimpan wang di bank. 

Anda peniaga? Mencari platform pengiklanan Online? Mula dengan kami ..Website Mynewshub, FB (2.96 juta followers), Instagram dan Twitter. Hubungi kami http://www.wasap.my/60176070516

Pembeli rumah pertama tidak mempunyai deposit yang cukup bagi membeli rumah dan menyebabkan harga rumah tempatan menurun. Tuan rumah akan menghadapi kemungkinan penyewa tidak mampu membayar sewa rumah. Pasaran sewa rumah akan menghadapi impak akibat kekurangan penyewa, pelajar asing, pelancong dan kekurangan pekerjaan. 

Melihat kepada tren terkini, pembeli rumah pertama akan teragak-agak untuk membeli rumah kerana ketidak tentuan ekonomi dan pembeli merasa tidak yakin boleh membayar pinjaman.

Selepas PKP ada kemungkinan bank-bank tempatan akan mengetatkan syarat pinjaman berikutan potensi pembeli tidak membayar pinjaman agak tinggi. Namun adakah harga rumah di Malaysia berpatutan? Adakah ini masa yang sesuai untuk membeli rumah atau harus tunggu dan lihat? 

Tempoh ‘bercuti’ dari membayar pinjaman selama 6 bulan merupakan tempoh bertenang di mana pemaju perumahan mengambil sikap tunggu dan lihat sebelum meneruskan pembinaan perumahan yang terhenti ketika ini. Impaknya akan dirasa dalam masa 6 bulan kemudian. 

Walaupun tempoh PKP telah berakhir, kerajaan akan mengambil langkah berjaga-jaga agar jumlah mangsa COVID-19 tidak terus meningkat. Adakah industri pembinaan akan diteruskan? Bolehkah pemaju perumahan meneruskan industri pembinaan seperti sebelum ini? Industri pembinaan adalah antara industri yang teruk terjejas ekoran dari pandemik ini. 

Walaubagaimanapun, pemaju masih perlu menjual rumah sedia-ada bagi menampung kos ‘overhead’ syarikat mereka. Ini adalah masa bagi pemaju-pemaju perumahan menjual rumah-rumah yang tidak terjual sebelum ini dengan harga yang lebih murah kepada pembeli. 

Di kawasan-kawasan yang terkesan dengan penutupan urusniaga, kawasan ini akan mengalami penurunan harga yang ketara. Ini dapat dijangka di kawasan yang menjadi tumpuan pelancong tetapi meredum ekoran wabak COVID-19 ini. 

Pembeli akan mendapati lebih banyak penjualan rumah di kawasan tersebut berbanding pembeli. Penjual rumah akan merasa lebih terkesan dan bersedia untuk menjual dengan harga lebih murah sekiranya ditekan oleh pembeli. Krisis ini mungkin tidak lama dan pasaran hartanah akan kembali sediakala sekiranya keadaan kembali kepada asal. 

Pasaran hartanah komersial dijangka akan berubah profil risiko mereka akibat daripada penutupan bisnes IKS. Kos penyewaan dan pendapatan telah menjadi rendah ekoran wabak COVID-19 menyebabkan kurang pembeli pergi ke premis perniagaan. 

Ada kemungkinan premis-premis perniagaan akan menukar syarat guna bangunan dari komersial kepada rumah akibat dari permintaan tinggi dari sektor perumahan. 

Namun, segala-galanya boleh berubah, ini dapat dilihat di dalam kes SARS di Hong Kong. Sejurus selepas wabak berakhir, nilai hartanah menjadi lebih berdaya saing dan pasaran menjadi lebih dinamik. Pembeli-pembeli rumah yang mempunyai simpanan lebih, ini mungkin masa yang sesuai untuk membeli hartanah yang dijual murah oleh pemaju mahupun di pasaran lelong. 

Walau bagaimanapun, risiko tetap ada. Golongan muda dan pembeli rumah pertama harus bijak menyimpan ketika musim wabak ini agar mempunyai simpanan yang mencukupi sekiranya kehilangan pekerjaan atau menghadapi sebarang musibah kesan daripada pandemik ini.

Oleh Ts. Dr. Mohd Zairul bin Mohd Noor

Pensyarah Kanan,

Jabatan Senibina, 

Fakulti Rekabentuk dan Senibina,

Universiti Putra Malaysia, Serdang

016-7191104

[email protected]

Tags: Covid-19pembelian rumahperintah kawalan pergerakan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd