• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lagi Empat Daerah Kembali Ke Zon Jingga Covid-19

oleh
21/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Empat daerah yang sebelum ini diisytiharkan sebagai zon merah telah diletakkan di bawah zon jingga selepas kes aktif jangkitan koronavirus (Covid-19) di kawasan berkenaan telah menurun.

Daerah tersebut adalah Cheras, 39 kes: Jasin, 40 kes dan Gombak serta Tawau masing-masing mencatatkan 33 kes.

Penurunan kes tersebut menjadikan 13 daerah masih lagi berada di bawah zon merah, lapan daerah zon jingga, 71 zon kuning dan 56 daerah zon hijau.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Daerah zon merah rata-ratanya terletak di kawasan Lembah Klang selain Kuching dan Kota Samarahan masih kekal mempunyai lebih 41 kes.

Rembau yang sebelum ini disahkan mempunyai kes sub kluster kini diletakkan di zon hijau selepas didapati tiada sebarang kes aktif di daerah tersebut.

Di Sabah pula, Kota Kinabalu, Lahad Datu yang sebelum ini diisytiharkan zon merah telah diletakkan di bawah zon kuning apabila masing-masing mencatatkan kes aktif 17 dan 10 kes.

Semalam, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan jumlah positif harian terendah dengan 36 kes.

Ia sekali gus menjadikan jumlah kumulatif positif wabak itu 5,425 kes di mana 2,041 kes masih dirawat di hospital.

Selain jumlah pesakit di unit rawatan rapi (ICU) menurun, KKM turut mencatatkan sifar kematian. – Sinar Harian

Tags: Covid-19koronaviruszon jinggaZon Merah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd