• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kutipan Tabung COVID-19 Cecah RM22.6 Juta

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menerima sumbangan berjumlah RM4 juta daripada syarikat korporat untuk Tabung Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini sebanyak RM22.6 juta.

Dalam acara ringkas yang diadakan di bangunan Perdana Putra, Telekom Malaysia Bhd yang diwakili Pengerusinya, Rosli Man menyampaikan sumbangan sebanyak RM2 juta.

Subway Bhd yang diwakili Pengarah Urusan Sunway Property Development Malaysia & Singapore, Serena Cheah dan Ranhill Bhd diwakili Datuk Seri Kamarudin Ambok, masing-masing menyumbang RM1 juta.

Sementara itu, Muhyiddin turut menerima sumbangan peralatan perlindungan diri (PPE) bernilai RM2 juta daripada Western Digital Sdn Bhd yang diwakili Pengerusi Kumpulan (Operasi Malaysia) Datuk Syed Hussain Aljunid.

Muhyiddin pada 11 Mac, mengumumkan inisiatif kerajaan untuk melancarkan Tabung Covid-19 dalam membantu rakyat yang tidak bekerja dan terjejas berikutan dikuarantinkan dalam bentuk kewangan.

Dikendalikan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), sumbangan boleh disalurkan kepada akaun 16010001138714 (Bank Muamalat – Tabung Bantuan Bencana Negara).

Tags: sumbanganTabung COVID-19
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Yayasan Sultan Ibrahim Johor Sumbang Meja, Kerusi Untuk Pelajar Orang Asli Bakar Batu

Yayasan Sultan Ibrahim Johor Sumbang Meja, Kerusi Untuk Pelajar Orang Asli Bakar Batu

29/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) menyumbangkan 10 unit meja banquet dan 50 unit kerusi kepada penduduk Kampung...

Yayasan Sultan Ibrahim Johor Sumbang 167,000 Pelitup Muka Untuk Kegunaan Warga Sekolah

Yayasan Sultan Ibrahim Johor Sumbang 167,000 Pelitup Muka Untuk Kegunaan Warga Sekolah

26/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) menyumbangkan sebanyak 167,000 keping pelitup muka kepada Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd