• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kota Bharu Kini Zon Hijau Covid-19

oleh
28/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DAERAH Kota Bharu, Kelantan yang juga antara kawasan zon merah sebelum ini menjadi kawasan baharu dikategorikan sebagai zon hijau selepas tidak lagi mencatatkan kes aktif Covid-19 setakat 12 tengah hari semalam.

Ini menjadikan sembilan daripada keseluruhan 10 daerah di Kelantan mencatatkan sifar kes Covid-19 dan hanya Tanah Merah masih mempunyai satu kes jangkitan.

Kota Bharu kawasan zon merah ketiga yang bebas Covid-19 selepas Rembau dan Hilir Perak.

Anda peniaga? Mencari platform pengiklanan Online? Mula dengan kami ..Website Mynewshub, FB (2.96 juta followers), Instagram dan Twitter. Hubungi kami http://www.wasap.my/60176070516

Infografik Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) yang dipaparkan di Facebook rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini, menunjukkan 77 daerah dikategori zon hijau berbanding 68 daerah pada Ahad.

Pertambahan zon hijau itu selain Kota Bharu membabitkan sembilan daerah di Sarawak iaitu Sebauh, Tebedu, Kabong, Pusa, Marudi, Subis, Beluru, Tanjung Manis yang baru disenaraikan dalam infografik CPRC.

Selain itu, Kuala Lumpur terus mencatatkan pertambahan kes baharu secara mendadak iaitu sebanyak 30 kes sehingga semalam yang menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 1,200 kes.

Semua daerah di Kuala Lumpur kini masih dikategorikan sebagai zon merah kecuali Cheras yang diletakkan sebagai zon kuning kerana terdapat penurunan kes aktif iaitu kini hanya 33 kes.

Selangor turut merekodkan pertambahan kes baharu sebanyak empat kes diikuti Sarawak (tiga), Perak, Negeri Sembilan dan Sabah masing-masing bertambah satu kes.

Untuk rekod, bilangan kumulatif kes positif seluruh negara semalam adalah 5,820 kes dengan 1,764 kes aktif.

Tags: Covid-19Kelantankota bharuzon hijau
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jabatan Agama Islam Kelantan Sudah Ambil Alih Kes Rogol `Suka Sama Suka’

Jabatan Agama Islam Kelantan Sudah Ambil Alih Kes Rogol `Suka Sama Suka’

18/12/2025
0

KOTA BHARU: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) sudah menerima laporan kes rogol `suka sama suka' membabitkan remaja perempuan...

Suami Lakukan Dua Tikaman Pada Bahagian Belakang Guna Pisau – Polis Kelantan

Suami Lakukan Dua Tikaman Pada Bahagian Belakang Guna Pisau – Polis Kelantan

01/12/2025
0

TANAH MERAH – Isteri maut ditikam dua kali di bahagian belakang badannya oleh suami menggunakan sebilah pisau di dapur rumah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd