• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KL, NS Catat Kenaikan COVID-19 Mendadak

oleh
24/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kuala Lumpur terus mencatatkan pertambahan kes positif baharu COVID-19 secara mendadak iaitu sebanyak 29 kes sehingga 12 tengah hari semalam yang menjadikan jumlah keseluruhan kumulatif kes di wilayah berkenaan sebanyak 1,066 kes.

Selain Kuala Lumpur, turut mencatatkan pertambahan kes positif yang tinggi ialah Negeri Sembilan iaitu sebanyak 20 kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan di negeri berkenaan sebanyak 431 kes.

Bagaimanapun, menerusi infografik yang dikeluarkan oleh Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Selangor masih kekal menjadi negeri mempunyai kes positif COVID-19 terbanyak dengan 1,369 kes dicatatkan selepas pertambahan 12 kes baharu, semalam.

Anda peniaga? Mencari platform pengiklanan Online? Mula dengan kami ..Website Mynewshub, FB (2.96 juta followers), Instagram dan Twitter. Hubungi kami http://www.wasap.my/60176070516

Sementara itu, Johor mencatatkan tiga kes baharu menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 651 kes, manakala Pahang, Terengganu dan Sabah pula masing-masing mencatatkan hanya satu kes.

Di Sarawak sebanyak empat kes baharu dicatatkan menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di negeri itu sebanyak 459 kes.

Bagi negeri dan wilayah lain iaitu Putrajaya, Melaka, Perak, Pulau Pinang, Perlis, Kedah, Kelantan dan Labuan pula tiada kes positif baharu dicatatkan.

Sehingga kini Malaysia sudah mencatatkan sebanyak 5,603 kes positif COVID-19 dan daripada jumlah berkenaan sebanyak 3,452 individu kini sudah pulih sepenuhnya dan dibenarkan pulang.

Sehingga semalam Malaysia merekodkan 95 kes kematian atau 1.70 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. – BH Online

Tags: Covid-19koronaviruskuala lumpurNegeri Sembilan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kehadiran Anggota Perkhidmatan Rahsia AS Kawal Trump Di KL Curi Perhatian

Kehadiran Anggota Perkhidmatan Rahsia AS Kawal Trump Di KL Curi Perhatian

27/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang anggota pasukan Perkhidmatan Rahsia Amerikat Syarikat (AS) dilihat melakukan kawalan keselamatan untuk Presiden Donald Trump selepas menghadiri...

Sidang Kemuncak ASEAN: KL ‘Lockdown’ Penuh, 16,000 Polis Kawal Keselamatan

Sidang Kemuncak ASEAN: KL ‘Lockdown’ Penuh, 16,000 Polis Kawal Keselamatan

14/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Pusat Bandaraya Kuala Lumpur akan ditutup sepenuhnya apabila Malaysia menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 minggu depan....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd