• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KKM Kesan Kluster Pengerang, 15 Individu Positif Covid-19

oleh
22/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesan satu kluster Pengerang melibatkan kes indeks pesakit Covid-19 ke 1,508.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pesakit tersebut telah mula bergejala pada 12 Mac.

“Dia kemudiannya dirawat di klinik swasta empat hari selepas itu dan disyaki menghidap demam denggi,” katanya pada sidang media di kementeriannya di sini hari ini.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Menurutnya, pesakit tersebut telah merentasi beberapa buah negeri untuk mengunjungi sanak saudara di sekitar Selangor sebelum pulang sehari sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan 18 Mac lalu.

“Keadaan kesihatannya mula merosot dan dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah, Johor pada 20 Mac dalam keadaan yang kritikal dan disahkan positif dua hari kemudian,” katanya.

Beliau berkata, setakat hari ini, kluster berkenaan telah melibatkan 15 kes positif yang yang terdiri daripada 10 rakan sekerja dan lima ahli keluarga termasuk ibunya berusia 79 tahun dan anak perempuan berusia 10 tahun.

“Sebanyak tujuh kes daripada kluster ini masih di dalam rawatan manakala lapan lagi telah pulih sepenuhnya dan dibenarkan discaj.

“Secara keseluruhan, tiga kes di dalam kluster ini telah dirawat di unit rawatan rapi (ICU).” – Sinar Harian

Tags: Covid-19JohorKKMklusterpengerang
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Lebih 5,000 Jemaah Sertai Semarak Subuh Perdana Johor

Lebih 5,000 Jemaah Sertai Semarak Subuh Perdana Johor

10/08/2026
0

JOHOR BAHRU – Lebih 5,000 jemaah membanjiri Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato’ Onn bagi menyertai Program Semarak Subuh Perdana 2026,...

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

07/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membidas 'orang-orang politik' yang mendakwa konon seruan beliau kepada Kementerian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd