• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KKM Giat Kesan Sub-kluster Covid-19 Madrasah

oleh
12/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mempergiatkan aktiviti pengesanan, penyaringan, ujian, isolasi serta rawatan terutama kepada kumpulan sub-kluster madrasah dan pusat tahfiz di beberapa negeri.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini dijalankan dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO).

“Misalnya, hasil kerjasama rapat dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Majlis Syura Jemaah Tabligh Masjid Seri Petaling, KKM mengenal pasti senarai terkini madrasah dan pusat tahfiz bagi membantu pengesanan kontak rapat kepada kes-kes indeks perhimpunan di Seri Petaling.

“Susulan daripada tindakan proaktif di lapangan oleh Jabatan Kesihatan Negeri dan Pejabat Kesihatan Daerah, beberapa sub-kluster jangkitan Covid-19 berjaya dikenal pasti.

“Kesemua kes yang positif diasingkan dan diberi rawatan. KKM akan terus bekerjasama dengan pelbagai agensi bagi mengenal pasti dan menguji semua kontak rapat dalam kalangan kumpulan yang berisiko tinggi,” katanya pada sidang media harian di Putrajaya, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, masyarakat diseru untuk mengelak daripada mempersalahkan atau mendiskriminasi mana-mana pesakit atau kumpulan yang dikaitkan dengan kluster jangkitan Covid-19.

“Janganlah kita stigmakan mereka. Apa yang penting, adalah kita membantu mengesan dan merawat jangkitan Covid-19 dalam kalangan mereka yang terbabit, keluarga dan kontak mereka.

“Orang awam dipohon untuk memberikan kerjasama kepada agensi-agensi yang terbabit dalam memenangi kejadian Covid-19 di Malaysia.

“Seperti dimaklumkan, tempoh dua minggu akan datang ini adalah penting di mana kerjasama semua pihak amat diperlukan bagi memastikan rantaian jangkitan Covid-19 dapat diputuskan,” katanya.

Sub-kluster Covid-19:

1. Madrasah di Jerantut, Pahang:

• Jumlah disaring seramai 401 orang (297 pelajar dan 104 orang adalah kakitangan dan ahli keluarga kakitangan)

• Jumlah positif: 62 kes (dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan)

• Jumlah kes sembuh/discaj: 20 kes

2. Madrasah di Penanti, Pulau Pinang:

• Jumlah disaring seramai 291 orang (256 pelajar dan 35 kakitangan)

• Jumlah positif: enam kes (dua kes masih dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah)

• Jumlah kes sembuh/discaj: empat kes.

3. Madrasah di Sungai Lui, Selangor:

• Jumlah disaring seramai 282 orang (274 pelajar dan lapan kakitangan)

• Jumlah positif: 90 kes (dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh dan Pusat Kusta Negara)

• Jumlah kes sembuh/discaj: 67 kes.

4. Madrasah di Jasin, Melaka:

• Jumlah disaring seramai 137 orang (122 pelajar dan 15 kakitangan)

• Jumlah positif: 37 kes (dimasukkan ke Hospital Melaka)

• Jumlah kes sembuh/discaj: satu kes.

Tags: Covid-19KKMmadrasahpusat tahfiz
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Berdosa Solat Jumaat ‘Sembunyi-Sembunyi’, Tak Patuh ‘Ulil Amri’

Next Post

Remaja Dalam Kuarantin Puji Kerajaan, ‘Frontliners’

Related Posts

Pemilik Madrasah Ditahan, Tipu 47 Jemaah Haji Warga Emas

Pemilik Madrasah Ditahan, Tipu 47 Jemaah Haji Warga Emas

18/06/2025
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemilik sebuah madrasah ditahan selepas dipercayai berperanan untuk meraih kepercayaan 47 jemaah warga emas yang terpedaya...

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Next Post

Remaja Dalam Kuarantin Puji Kerajaan, 'Frontliners'

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd