• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 12, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Berdosa Solat Jumaat ‘Sembunyi-Sembunyi’, Tak Patuh ‘Ulil Amri’

oleh
12/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengurusan masjid yang mendirikan solat Jumaat secara ‘sembunyi-sembunyi’ kelmarin, dianggap berdosa kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang ditetapkan kerajaan.

Bagaimanapun, hukum berdosa itu mungkin gugur jika masjid di kariah terbabit berada di kawasan yang tidak berlaku jangkitan COVID-19 seperti di tempat terpencil atau pulau.

Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman, menjelaskan pengurusan masjid terbabit bagaimanapun perlu memohon kebenaran daripada Kementerian Kesihatan dan Majlis Agama Islam Negeri jika mahu mendirikan solat Jumaat.

“Setakat ini, saya tidak menerima laporan ada masjid mendirikan solat Jumaat kelmarin.

“Akan tetapi jika kawasan masjid itu memang betul tiada jangkitan COVID-19 seperti di Pulau Tioman atau di tempat terpencil dekat Tembeling, mungkin perlu dibenarkan dengan syarat dapat kebenaran pejabat kesihatan dan majlis agama Islam negeri masing-masing.

“Mungkin perlu ada prosedur operasi piawai (SOP) bagaimana hendak membenarkan solat Jumaat didirikan di kawasan seperti itu, contohnya tidak membenarkan orang luar turut serta.

“Akan tetapi jika ada masjid di kawasan yang ada sejarah jangkitan COVID-19 buat solat Jumaat juga, hukumnya berdosa kerana ingkar kepada pemerintah (kerajaan). Kalau kena tangkap, tanggung sendiri,” katanya kepada BH, hari ini.

Sejak PKP dilaksanakan pada 18 Mac lalu dan akan disambung sehingga 28 April nanti, umat Islam di negara ini sudah tidak dapat mendirikan solat Jumaat sebanyak empat kali.

Susulan itu, ada masyarakat Islam mempersoal arahan itu yang menyifatkannya sebagai larangan pilih kasih dengan merujuk orang awam dibenarkan keluar membeli barang di pasar raya tetapi umat Islam tidak dibenarkan ke masjid untuk solat Jumaat.

Sementara itu, Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusuf Ahmad berkata, orang Islam yang membangkitkan soal kebenaran ke pasar raya membeli barang dan larangan ke masjid untuk mendirikan solat Jumaat perlu memahami ia adalah dua isu yang berbeza.

Katanya, hakikat yang perlu difahami umat Islam dalam isu berkenaan PKP ialah untuk membendung virus itu daripada merebak termasuk di rumah ibadat dan ia selaras dengan hukum fiqah.

“Ikut hukum fiqah kalau wabak itu bahaya dan virus boleh merebak, kita kena tutup tempat perkumpulan yang menyebabkan ia mungkin terus tersebar termasuk rumah ibadat.

“Isunya di sini, apabila kita tidak membenarkan solat Jumaat atau jemaah didirikan, ia bukan bermakna kita lebih takut kepada virus berbanding takut kepada Allah. Di mana-mana pun kita sentiasa takut kepada Allah.

“Tetapi antara tanda kita takut kepada Allah ialah kita taat kepada perintah ‘ulil amri’ iaitu pemerintah atau kerajaan. Itu yang harus umat Islam faham dan ikut. Hukum fiqah sudah ada, mengapa tidak mahu ikut.

“Perintah itu juga selari dengan al-Quran yang mengarahkan kita tidak menjerumuskan diri kepada kerosakan, termasuk kematian akibat penularan wabak COVID-10,” katanya.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadut pula menegaskan, walaupun solat Jumaat tidak dapat didirikan sepanjang tempoh PKP, umat Islam masih dapat mendirikan solat iaitu zuhur.

“Kita bukan tidak solat langsung, tetapi kita solat zuhur di rumah. Sepatutnya tidak timbul isu pun (tidak dapat solat Jumaat). Yang penting kita berdoa supaya wabak ini dapat tangani dan dihapuskan segera,” katanya. – BH Online

Tags: Covid-19perintah kawalan pergerakansolat Jumaat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd