• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KKM Bersedia Kaji Vaksin Covid-19 Jika Ditawar WHO

oleh
09/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) bersedia menjalankan kajian vaksin dan selain vaksin untuk koronavirus (Covid-19) jika diberi tawaran oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, KKM dikenal pasti sebagai satu negara yang mempunyai penyelidikan berkualiti.

“Kalau ada tawaran daripada WHO, kita bersedia untuk bekerjasama menjalankan kajian bersama iaitu kajian vaksin ataupun kajian selain daripada vaksin,” katanya dalam sidang media harian Covid-19, di sini.

Dr Noor Hisham berkata demikian, ketika ditanya mengenai kenyataan Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus yang dilaporkan berkata Afrika tidak akan menjadi lokasi tapak ujian vaksin Covid-19.

Malaysia sebelum ini dipilih WHO untuk menyertai ‘Kaji Selidik Solidariti’ dalam usaha antarabangsa menguji beberapa ubat merawat jangkitan Covid-19.

Dilaporkan, kaji selidik diselaraskan oleh WHO di seluruh dunia itu adalah usaha yang julung kali dilakukan bagi mengumpul data dan membandingkan keselamatan serta keberkesanan empat protokol rawatan menggunakan kombinasi Remdesivir, Lopinavir/Ritonavir, Interferon beta, Chloroquine dan Hydroxychloroquine.

Ditanya kebimbangan sesetengah warganet mengenai tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang akan tamat 14 April ini, Dr Noor Hisham berkata: “Kami memantau dengan teliti setiap hari dari segi peningkatan kes positif dan penyebaran (virus) di kawasan-kawasan di setiap negeri dan daerah”.

“Sepertimana yang kita tahu, tiada pertumbuhan eksponen dalam kes-kes kita. Walaupun kita belum lagi menang, kita juga belum kalah dalam peperangan ini.

“Tetapi, apa yang lebih penting bagi kita ialah memantau dengan rapat dan mungkin kita perlu ada beberapa cadangan. Apa yang penting adalah KKM berdasarkan fakta dan sains, jadi ini bukan tentang pendapat saya tetapi fakta dan sains yang sedang kita lihat,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, KKM sedang membuat pemodelan dari segi unjuran dan telah melihat laporan awal yang memerlukan satu atau dua hari untuk menganalisis keseluruhan data.

“Dengan data yang ada, KKM akan menyerahkan cadangan ke Kabinet dan perdana menteri, oleh itu, beberapa pilihan sudah ada dan keputusannya terpulang kepada Kabinet dan perdana menteri,” katanya.

Tags: Covid-19KKMVaksinwho
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

2 Petugas Kesihatan Maut, 181 Positif Covid-19

Next Post

WHO Rayu Dunia Bersatu Perangi Pandemik COVID-19

Related Posts

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

Muktamad Kadar Yuran Rundingan: Hartal Doktor Kontrak Bimbang Satu Lagi Janji Manis KKM

Muktamad Kadar Yuran Rundingan: Hartal Doktor Kontrak Bimbang Satu Lagi Janji Manis KKM

04/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Hartal Doktor Kontrak bimbang jaminan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk memuktamadkan kadar yuran rundingan pegawai perubatan am (GP) dalam...

Next Post

WHO Rayu Dunia Bersatu Perangi Pandemik COVID-19

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd