• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Petugas Kesihatan Maut, 181 Positif Covid-19

oleh
08/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Seramai 181 petugas kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan swasta dikesan positif Covid-19 manakala dua kematian membabitkan golongan terbabit dilaporkan setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, siasatan mendapati punca jangkitan bagi kesemua anggota kesihatan itu bukan disebabkan pengendalian kes positif di fasiliti kesihatan.

“Daripada jumlah itu, 122 petugas kesihatan dijangkiti di luar kawasan hospital, contohnya menghadiri kenduri perkahwinan dan datang hospital lalu menjangkiti rakan mereka.

“Manakala 36 lagi petugas dijangkiti semasa berkhidmat di klinik atau Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Ia disebabkan semasa melaksanakan prosedur, pesakit tidak memaklumkan ada hubung kait dengan kontak rapat positif Covid-19.

“Ini bermakna hanya 20 peratus dijangkiti di hospital manakala 80 peratus bukan berkaitan perkhidmatan di hospital,” katanya pada sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Noor Hisham berkata, seramai 2,000 petugas kesihatan sudah menjalani saringan secara berkala bagi memastikan tiada jangkitan itu dalam kalangan petugas.

“Kita menyaring barisan hadapan secara berkala bukan di hospital KKM sahaja, tetapi hospital swasta turut melakukan saringan sama.

“Kita tidak tunggu bergejala baru nak saring, sebaliknya dilakukan secara berjadual,” katanya. – myMetro Online

Tags: Covid-19KKMpetugas kesihatan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

07/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membidas 'orang-orang politik' yang mendakwa konon seruan beliau kepada Kementerian...

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

06/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Hasrunizah Hassan kurang bersetuju dengan kenyataan Dr. Rafidah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd