• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Kita Harus Sama-Sama Kuat Pak!” – Dr Zulkifli

oleh
09/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Kita harus sama-sama kuat Pak! Doa, solat dan munajat harus diteruskan,” itu antara pesanan dan nasihat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri kepada warga Indonesia ketika menyampaikan bantuan kepada mereka.

Beliau menyantuni seramai 142 ahli keluarga yang kebanyakan bekerja sebagai buruh kasar selepas mereka mereka putus sumber pendapatan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

“Saya berharap dengan bantuan barangan asas berjumlah RM8,000 dan makanan ready to eat yang disumbangkan dapat meringankan sedikit beban mereka,” tulis Dr Zulkifli di Facebooknya hari ini.

Zulkifli turut memuat naik beberapa gambar yang memaparkan kehidupan warga Indonesia yang serba kekurangan dan membina rumah di ladang kelapa sawit.

“Terima kasih Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Datuk Muhammad Chan atas usaha ini,” katanya.

Perkongsian itu menarik perhatian netizen kerana ketika wabak koronavirus semua lapisan masyarakat perlu dibantu.

“Tahniah dato’, tindakan membantu semua masyarakat yang ada di Malaysia amatlah bermakna, tak kira siapa mereka sama ada warga atau bukan sebab semua insan perlu dibantu dalam keadaan gawat ini hatta haiwan pun kita kena bantu, teruskan usaha yang murni ini,” kata Abu Yazid di ruangan komen. – Sinar Harian

Tags: Covid-19perintah kawalan pergerakanZulkifli Mohamad Al-Bakri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd