• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kit Ujian Covid-19 3 Minit Tiada Kelulusan KKM

oleh
08/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KETIKA ramai masih mencari kit ujian pantas Covid-19 ada pihak dikesan cuba mengambil kesempatan menawarkan peralatan itu tanpa kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Sejak beberapa hari lalu, ada beberapa iklan di Facebook (FB) menawarkan orang ramai kit ujian pantas Covid-19 dengan harga RM99 jauh lebih murah daripada bayaran dikenakan hospital swasta.

Iklan itu mendakwa kit ujian itu mampu memberikan keputusan dalam tempoh tiga minit berbanding beberapa jam mengikut prosedur operasi standard (SOP) KKM dan hospital swasta menawarkan perkhidmatan itu.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, setakat ini tiada kit ujian Covid-19 dibenar dijual secara terbuka kepada orang ramai.

Menurutnya, KKM tidak mengeluarkan sebarang kebenaran kepada mana-mana syarikat menjual kit ujian pandemik berkenaan.

“Setakat ini tidak ada yang boleh digunakan untuk pengesanan (Covid-19) kerana tiada kelulusan untuk diagnosis,” katanya.

Dr Noor Hisham juga mengingatkan orang ramai berwaspada dengan tawaran kit ujian pantas dijual di laman sosial dan disaran mendapatkan maklumat lanjut daripada KKM.

Hasil penelitian Harian Metro mendapati iklan menjual kit ujian itu mula tular sejak beberapa hari lalu menerusi FB mendapat respon warga maya.

Kebanyakan mereka berminat mengetahui keberkesanan dan harga kit ujian dipercayai dari China itu.

Malah, ada dakwaan menyatakan kit ujian dijual masih dalam tempoh percubaan dan tiada data sahih keberkesanan peralatan itu.

KKM sebelum ini memutuskan selain hospital, pusat kesihatan kerajaan serta hospital swasta juga dibenarkan menawarkan ujian saringan Covid-19 dengan bayaran dianggarkan lebih RM500 dan perlu ditanggung sendiri mereka yang mahu diuji. – myMetro Online

Tags: Covid-19facebookkit ujian pantasKKM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jangkitan Hantavirus: KKM Minta Rakyat Tidak Panik, Berwaspada

Jangkitan Hantavirus: KKM Minta Rakyat Tidak Panik, Berwaspada

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia diminta tidak panik dengan laporan berita di peringkat global mengenai penularan hantavirus yang boleh membawa...

“Kalau Boleh Jangan Ada Pemotongan (Bajet)” – Menteri KKM

“Kalau Boleh Jangan Ada Pemotongan (Bajet)” – Menteri KKM

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memohon Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menilai semula cadangan pelarasan dan pemotongan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd